MB Kedah ucap tahniah pelantikan barisan jemaah menteri baharu

MB Kedah ucap tahniah pelantikan barisan jemaah menteri baharu. Kerajaan Kedah merakamkan ucapan tahniah kepada barisan kabinet ‘Keluarga Malaysia’ yang baharu dilantik pada Jumaat.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan pelantikan jemaah menteri baharu yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Yaakob pada Jumaat.

“Tahniah dan diucapkan selamat berkhidmat kepada semua yang dilantik, menteri dan timbalan menteri yang dilihat seimbang, menepati kepakaran serta pengalaman masing-masing.”Dengan pelantikan jemaah menteri baharu ini, hubungan erat antara kerajaan Kedah dengan kerajaan Persekutuan dapat dimantapkan lagi dari masa ke masa,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Beliau mengharapkan barisan Kabinet ‘Keluarga Malaysia’ ini dapat bekerja bersungguh-sungguh seterusnya mencapai sasaran ditetapkan Perdana Menteri meskipun situasi semasa ketika ini sukar dan sarat dengan cabaran.

Katanya, keutamaan harus diberikan untuk segera membawa Malaysia keluar daripada kemelut kesihatan dan ekonomi disebabkan pandemik Covid-19 sejak hampir dua tahun lalu.

Justeru, kerajaan Kedah menaruh keyakinan penuh terhadap keupayaan Perdana Menteri serta semua anggota jemaah menteri untuk menangani masalah ini dengan cekap dan efisien.

MB Kedah ucap tahniah pelantikan barisan jemaah menteri baharu


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kebijaksanaan Agong jayakan gencatan politik Ismail Sabri-PH

Akta lompat parti boleh dilaksanakan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker