Bilik hotel Messi cecah RM100,000 semalam

Bilik hotel Messi cecah RM100,000 semalam

Paris: Lionel Messi menerima layanan terbaik di ibu kota Perancis selepas melengkapkan perpindahan ke Paris Saint-Germain (PSG).

Sensasi dunia berusia 34 tahun itu ketika ini tinggal di sebuah hotel lima bintang yang dilengkapi dengan kolam renang, panggung wayang peribadi serta enam restoran mewah.



Menurut Mundo Deportivo, Messi dan isterinya, Antonela serta tiga anak mereka tinggal di Hotel Le Royal Monceau dekat Paris.

Akaun rasmi Instagram hotel itu yang mempunyai lebih 118,000 pengikut, berkongsi video Messi tiba di hotel berkenaan.

Gambar Messi bersama baju Barcelona bersama-sama bekas seterusnya di Real Madrid, Sergio Ramos dan bintang PSG lain yang baru ditandatangani, turut dimuat naik.

Kapsyen gambar berkenaan berbunyi: “Satu kebanggaan dapat menyambut seorang pemain sangat berbakat ke PSG.”



Hotel itu juga adalah tempat di mana Neymar tinggal sebelum dia berpindah ke sebuah aparment mewah di bandar berkenaan pada 2017.

Bilik di hotel mewah itu bermula pada harga £700 (RM4,100) semalam dengan bilik Messi pula dikatakan mencecah sehingga £17,000 (RM99,600) semalam. HM

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Bilik hotel Messi cecah RM100,000 semalam


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Saya tak maki Sanusi pun kena juga – Shahanim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker