Banyak Betul Produk Pewangi Faraj Dijual, Tapi Perlukah Wanita Menggunakannya?
Banyak Betul Produk Pewangi Faraj Dijual, Tapi Perlukah Wanita Menggunakannya?
SEJAK kebelakangan ini ramai peniaga menjual produk pewangi alat sulit untuk wanita sehingga ramai terpedaya dengan pelbagai testimoni bahawa faraj akan berbau lebih segar dan bersih.
Sebenarnya wanita tidak perlu menggunakan sebarang pewangi dalam bentuk semburan kerana ia boleh mengganggu keseimbangan semula jadi faraj dan boleh menyebabkan masalah lain.
Insider melaporkan menyembur pewangi ke bahagian kemaluan dapat menggangu kadar pH faraj dan apabila ia terganggu, pertumbuhan bakteria sihat yang menjaganya boleh terganggu dan perkembangan bakteria jahat akan meningkat.
Akibatnya, produk-produk ini berpotensi menyebabkan kerengsaan pada faraj. Daripada meninggalkan aroma segar dan membersihkannya, ia akan menyebabkan keradangan, kegatalan dan sakit pada bahagian kemaluan.
Tak perlu pewangi faraj… Cukup sekadar mencuci dengan air bersih dan memastikan bahagian sekitar faraj tidak lembab.
Keadaan ini akan jadi lebih parah sekiranya seseorang wanita itu pernah mengalami jangkitan yis atau bakteria pada faraj.
Sekiranya seorang wanita merasakan farajnya mengeluarkan bau kurang enak, jalan paling baik adalah dengan berjumpa doktor dan bukannya menggunakan produk yang belum pasti ketulenan dan keberkesanannya.
Penyebab faraj berbau dan cara menjaganya!
Faraj akan mengeluarkan aroma semula jadi namun seorang wanita perlu berwaspada sekiranya ia mengeluarkan bau hamis yang boleh membuatkan mereka hiang keyakinan.
Keadaan itu boleh menjadi petanda kehadiran jangkitan kulat dan bakteria. Terdapat ubat-ubatan khusus bagi masalah itu.
Organ faraj sebenarnya dapat menjaga kebersihannya sendiri dan proses pembersihan ini melibatkan cecair badan semula jadi yang sentiasa melembabkan faraj.
Bagi mengelakkan masalah bau atau jangkitan kuman – bukan pewangi yang diperlukan sebaliknya menjaga kebersihan dengan mencuci menggunakan air bersih beberapa kali sehari atau setiap kali membuang air kecil.
Selain itu pastikan kawasan di sekitar faraj tidak lembap dan menjadi tempat pembiakan bakteria dan kulat selain faktor pemakanan dapat membantu.
Banyak Betul Produk Pewangi Faraj Dijual, Tapi Perlukah Wanita Menggunakannya?
Baca Artikel Menarik :
- MACC arrests JB mayor over alleged kickbacks
- Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid
- Abang Allahyarham Siti Sarah positif Covid-19, tahap oksigen menurun
- Mastura enggan patuh tuntutan UMNO Kuala Kangsar
- Sindiran Harith Iskander dibalas baik Menteri Agama
- Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler
Layari Laman Facebook MYKMU
Artis Perjelaskan Alasan Bina Patung Gergasi Bentuk ‘Miss V’ di Lereng Bukit
You must be logged in to post a comment.