6 maut dalam kes tembakan di Plymouth

6 maut dalam kes tembakan di Plymouth

LONDON – Enam orang, termasuk suspek terbunuh dalam tembakan di Plymouth, sebuah bandar pelabuhan di Devon di barat daya England.

Polis Devon dan Cornwall menerusi Tweeter berkata, polis telah menerima panggilan berhubung insiden senjata api yang serius di kawasan Keyham di Plymouth sekitar jam 6.10 petang.

Semasa polis tiba di tempat kejadian, dua wanita dan dua lelaki sudah meninggal dunia.

Seorang lagi lelaki yang dipercayai suspek dalam kejadian itu turut meninggal dunia.

”Semua yang meninggal dunia itu mempunyai kesan tembakan,” kata polis.

Seorang lagi wanita yang diberikan rawatan akibat kesan tembakan, meninggal dunia di hospital.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Seorang saksi, Robert Pinkerton yang berusia 54 tahun, memberitahu Plymouth Live, dia berada di Henderson Place ketika terdengar bunyi kuat.

Dia kemudian membelok ke satu sudut dan melihat seorang lelaki bersama pistol.

Pinkerton berkata, dia melihat seorang wanita yang cedera di pintu.

Seorang lagi menulis di media sosial: ‘Ada (seorang lelaki) mengamuk dengan pistol dan dia sudah menembak dua orang.

‘Mereka terbaring di atas tanah. Satu mati – darah di mana-mana sahaja. Saya gementar.

Polis berkata, tembakan itu tiada kaitan dengan insiden pengganas dan kawasan berkenaan sudah dikepung.

Seorang Ahli Parlimen Plymouth Sutton dan Devonport, Luke Pollard berkata, salah seorang yang maut dalam kejadian itu adalah kanak-kanak berusia 10 tahun.

Punca kejadian masih disiasat. MG

6 maut dalam kes tembakan di Plymouth

Azlee : Jangan malu jual buah macam saya

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker