Restoran Puteri Akhirnya Tutup, Ekonomi Teruk, Kerajaan Gagal

RAKYAT sengsara apabila kerajaan gagal menjaga kebajikan rakyat. Negara lain dilanda Covid juga namun ekonomi mereka tidak seteruk Malaysia. Negara lain buat “Lockdown” kes makin turun. Malaysia buat “Lockdown” kes makin naik.

Penulis lirik terkenal, Datuk Habsah Hassan mengambil keputusan menutup operasi Restoran Puteri di Brickfields yang dikongsi bersama pelakon veteran Rubiah Suparman bermula 1 Muharram 1443 Hijrah.

Habsah berkata, restoran yang terkenal dengan masakan kampung sejak 1984 itu terpaksa dihentikan operasinya.

“Perniagaan kami, dua sahabat karib sudah melalui pelbagai cabaran sejak penubuhannya terutama dalam pertengahan 1980 dan 1997 ketika negara dilanda kegawatan ekonomi. Namun, ia berjaya diredah dengan jayanya.

“Sejak dua tahun lalu, keadaan perniagaan semakin hari semakin merosot berikutan penularan Covid-19 dan kemuraman ekonomi negara. Ia bertambah sukar apabila pemilik kedai langsung tidak melayani rayuan menurunkan kadar sewa sebanyak RM15,000 sebulan.

“Keputusan sedih ini terpaksa dibuat bagi mengelakkan hutang sewa terus tertunggak bulan ke bulan,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

Keputusan itu sesuatu yang berat dan menyedihkan, namun mereka tiada pilihan lain.

“Pendapatan yang turun mendadak sejak hampir dua tahun ini menyukarkan kami untuk meneruskannya walaupun sudah cuba bertahan. Pendek kata berniaga hanya untuk membayar sewa kedai dengan gaji kakitangan saja, tapi akhirnya terpaksa mengaku kalah,” katanya dengan nada sedih.

Sesungguhnya keadaan negara kita menjadi sebegini teruk akibat keputusan salah yang dibuat oleh kerajaan Muhyiddin.

Memetik facebook Najib Razak,

Pada saya, inilah pemikiran songsang kerajaan PN yang membawa kepada bencana hari ini.
PM8 umum PKP 2.0 pada 11 Jan 2021. Hari itu, kes baharu adalah 2,232 kes dengan 4 kematian.

Masalahnya ialah PKP 2.0 ini dibuat separuh masak di mana sektor kilang dan pembinaan yang merupakan penyumbang kluster terbesar masa itu dibenarkan beroperasi tetapi yang ditutup pula ialah segala sektor-sektor lain.

PKP 2.0 pula diumum berakhir pada 4 Mac. Hari itu, kes baharu adalah sebanyak 2,063 kes dengan 5 kematian.

Ya, PKP 2.0 separuh masak ditamatkan 51 hari kemudian dengan jumlah kes baharu hampir sama dengan masa ianya di laksanakan.

Susah untuk percaya tetapi ianya benar-benar berlaku.
Sebab PKP 2.0 ditamatkan dengan kes baharu masih tinggi maka jumlah kes baharu pun semakin naik.

Sehingga PKP 3.0 seluruh negara perlu diumum pada 10 Mei – iaitu cuma dua bulan selepas PKP 2.0 ditamatkan.

Paling tak masuk akal ialah kerajaan PN boleh pulak umum PKP 2.0 berjaya namun belum dijelaskan ianya berjaya dari sudut mana.

(Masa itu saya sindir mereka bahawa PKP 2.0 begitu berjaya. Sebab itu dorang laju-laju buat PKP 3.0 kerana kalau tak berjaya mereka tak akan ulang PKP dalam masa yang begitu singkat)

Dan sebab meeka kata PKP 2.0 berjaya, mereka pun guna semula model yang telah terbukti gagal bagi perlaksanaan PKP 3.0.

Dan yang paling-paling sukar untuk percaya, mereka buat PKP 3.0 dengan lagi longgar dari PKP 2.0 yang sudah separuh masak dan telah terbukti gagal (tapi mereka kata berjaya).

Selain tapak pembinaan dan kilang-kilang terus dibenarkan beroperasi, shopping mall dan semua jenis kedai juga dibenarkan.

Masa itu hari Raya.

Sebab kerajaan PN tak benarkan aktiviti ziarah rumah ke rumah tetapi benarkan shopping mall dibuka maka ramai pula menziarah dan bertemu di shopping mall pada hari raya.

Ya, memang tak masuk akal dan hanya orang yang bodoh serta tiada logik akan laksanakan dasar seperti ini tapi ianya benar-benar berlaku di negara kita.

Sebab itu, Malaysia menjadi negara antara paling parah dikesan Covid dalam dunia dan menjadi satu-satunya sahaja negara dalam dunia di mana makin lama kita lockdown makin tinggi kes naik.

NOTA pada JKOM: Jangan tuduh saya cari kesalahan sahaja sebab masa PN mengumumkan dasar-dasar gila itu, saya telah berulang kali pesan, saran dan beri amaran bahawa ianya pasti akan gagal.
Cuma kerajaan korang tak mahu dengar atau tak sedar kegilaan dasar-dasar mereka.

 

 

Rakyat perlu tahu perkara sebenar agar mereka tahu punca keadaan hidup mereka merudum berbanding negara jiran yang lain. Tambahan pula, angka kematian juga sangat tinggi. Kita diserang kebimbangan, Allahuakbar.

– Nurul Aisyah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker