Terus terang mengenai pinjaman lebih RM11.5 bilion

Terus terang mengenai pinjaman lebih RM11.5 bilion, kata pemantau rasuah kepada kerajaan

Pemantau anti-rasuah mempersoalkan tindakan kerajaan meminjam RM11.5 bilion dalam tempoh 10 hari dan menuntut supaya kerajaan pimpinan Perikatan Nasional (PN) itu bersikap telus mengenai pinjaman terbabit.

Pusat Membasmi Rasuah dan Kronisme (C4) berkata kerajaan perlu menjelaskan mengenai wang terbabit.

“PN mesti menjelaskan maklumat yang ada pada laman sesawang Bank Negara Malaysia,” kata Pengarah Eksekutifnya, Cynthia Gabriel kepada FMT.

Isnin lalu, bekas perdana menteri Najib Razak mempersoalkan tindakan kerajaan yang mengambil pinjaman berbilion ringgit dalam tempoh 10 hari.

Dalam satu hantaran di Facebook, Najib turut menunjukkan tangkap layar maklumat daripada laman sesawang BNM yang memaparkan bon bernilai berbilion ringgit yang dikeluarkan oleh kerajaan dan bank pusat sebagai jurubank.

Tiga transaksi itu dilabelkan sebagai Bil Perbendaharaan Islam Malaysia, Sekuriti Kerajaan Malaysia dan Terbitan Pelaburan Kerajaan.

Kerajaan membuat pinjaman sebanyak RM5.5 bilion pada 27 Julai, diikuti dengan RM4 bilion pada 3 Ogos dan RM2 bilion pada 9 Ogos.

Gabriel turut menyatakan kebimbangan mengenai politik wang berikutan kemelut politik yang berlaku.

Dia berkata ruang untuk berlakunya amalan rasuah dan tidak bertanggungjawab di kalangan ahli politik serta parti politik tidak sepatutnya ada.

Gabriel juga menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana ahli politik yang didapati terbabit dalam perbuatan itu termasuk membeli Ahli Parlimen.

“Keadaan kemelut seperti ini menyediakan peluang untuk urusan itu dilakukan sama ada membabitkan ganjaran atau wang termasuk pelantikan politik di syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan badan berkanun,” katanya.

Dia mempersoalkan mengapa siasatan terhadap Ahli Parlimen Kuala Langat Xavier Jayakumar “tiba-tiba hilang” selepas dia meletakan jawatan daripada PKR dan menyokong gabungan kerajaan serta perkembangan dakwaan oleh wakil rakyat Sabah yang menerima tawaran berjuta ringgit untuk beralih sokongan.

“Peningkatan kes rasuah, wang kotor dan penyalahgunaan kuasa yang semakin menjadi-jadi untuk mendapatkan sokongan harus dihentikan.

“Kami menggesa semua rakyat menjadi mata dan telinga SPRM kerana jenayah ini akan menghantui kita pada tahun-tahun yang mendatang,” katanya. FMT

Terus terang mengenai pinjaman lebih RM11.5 bilion


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker