Resepi udang masak lemak cili padi

Resepi udang masak lemak cili padi daun pegaga

Asyik ulang menu yang sama setiap hari? Pasti rasa jemu. Apa kata cuba resepi udang masak lemak cili padi daun pegaga yang dikongsikan ini. Memang sedap. Sesuai dijadikan hidangan untuk seisi keluarga.

Sebab daun pegaga digunakan adalah untuk menambah selera masakan kita. Lagi pun khasiat daun pegaga memabg banyak untuk kesihatan kita.



BAHAN

1 ikat daun pegaga
150 gm udang – buang kulit
1 biji kelapa – ambil santan
2 ulas bawang merah – hiris halus
1 batang serai – titik
1 keping asam gelugur
Garam

BAHAN TUMBUK

1 tangkai cili merah
5 tangkai cili padi
1 cm kunyit



CARA

Satukan hirisan bawang merah, serai dan bahan tumbuk ke dalam periuk bersama santan dan udang.

Masukkan sekeping asam gelugur, masak di atas api sederhana.

Kuah hendaklah sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak.



Apabila kuah hampir mendidih, masukkan garam secukup rasa.

Selepas itu, barulah boleh masukkan daun pegaga. Kacau seketika, angkat dan hidangkan. Siap.

Jangan lupa share resepi ini dengan kawan-kawan dan keluarga. Masakan ini memang meletop la. Utv

Resepi udang masak lemak cili padi




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker