Siapa 15 Ahli Parlimen Curang Dengan Anwar Dan Muhyiddin

PERSOALAN yang panas sekarang ini, siapakah 15 Ahli Parlimen yang “main dua kolam”? Sebagaimana yang kita tahu Umno mendedahkan 13 surat membabitkan ahli parlimen parti itu menarik sokongan terhadap Muhyiddin Yassin. Tengku Razaleigh pula tidak pernah menyokong PN. Ini bermakna, 15 Ahli Parlimen UMNO tidak menyokong Muhyiddin.

105 ahli Parlimen pembangkang yang terdiri daripada Pejuang, DAP, PKR, Warisan, Parti Sarawak Bersatu, Muda, Amanah dan Maszlee Malik (Bebas) juga telah mengutuskan surat kepada Yang di-Pertuan Agong menolak perdana menteri itu.

Secara total, 120 Ahli Parlimen telah menolak Muhyiddin.



Sebelum ini Muhyiddin menegaskan yang beliau masih kekal sebagai Perdana Menteri dengan sokongan seramai 115 orang Ahli Parlimen.

Jika dicongak dan dikira, terdapat 15 Ahli Parlimen yang makan dua kolam. Siapakah mereka ini?

Untuk makluman, pada 3 Ogos Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu mengambil keputusan menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

Namun, Muhyiddin yang juga ahli parlimen Pagoh sebelum ini menegaskan masih mempunyai majoriti di parlimen selepas menghadap Yang di-Pertuan Agong pada 4 Ogos.



Beliau juga berjanji untuk membawa usul undi percaya pada sidang parlimen yang dijadual pada September.

Teka teki siapakah 15 Ahli Parlimen ini bakal terjawab dalam masa terdekat.

– Nurul Aisyah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker