Semua ketua parti dalam PN mengadap PM petang ini

Semua ketua parti dalam PN jmengadap PM petang ini.  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan semua ketua-ketua parti dalam Perikatan Nasional (PN) petang ini.

Menurut laporan The Star Online, agenda pertemuan tersebut tidak diketahui namun ia dijangka membincangkan isu penarikan sokongan UMNO terhadap PN.

Pemimpin utama Pas, Gerakan, STAR dan lain-lain dijangka hadir dalam pertemuan di pejabat perdana menteri petang ini.

Difahamkan, semua pemimpin utama PN dimaklumkan tentang pertemuan tersebut pada Selasa (10 Ogos).

Untuk rekod, pada 3 Ogos Presiden UMNO Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu mengambil keputusan menarik sokongan kepada kerajaan PN dan Muhyiddin.

Semua ketua parti dalam PN jmengadap PM petang ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Mat Maslan bidas ROS, ‘Caretaker’ tidak dimaklumkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker