Mat Maslan bidas ROS, ‘Caretaker’ tidak dimaklumkan

Sebaran :

Mat Maslan bidas ROS, ‘Caretaker’ tidak dimaklumkan. UMNO tidak dimaklumkan mengenai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu kini berfungsi sebagai ‘caretaker’ yang hanya boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran parti sebagaimana yang didakwa.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, hasil pertemuannya dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) pada Isnin tidak menyentuh mengenai isu tersebut.

Sebaliknya, beliau berkata, RoS akan meneliti dan mengkaji surat penjelasan itu terlebih dahulu memandangkan UMNO mengemukakan maklumat-maklumat baharu.

“Belum ada sebarang keputusan dibuat susulan perjumpaan semalam (Isnin). Tak ada bincang (isu caretaker),” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Ahmad berkata, perbincangan pada Isnin berlangsung sekitar satu jam dan mengharapkan semua pimpinan dan ahli UMNO menunggu keputusan yang akan dibuat.

Pada Selasa, Ketua Pengarah RoS, Jasri Kasim berkata, MKT UMNO yang diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hanya boleh menjalankan kerja-kerja pentadbiran parti.

Menurutnya, UMNO hanya berfungsi sebagai ‘caretaker’ iaitu boleh membuat pengurusan pentadbiran biasa parti, manakala sebarang pelaksanaan atau keputusan dasar harus dibawa ke perhimpunan agung dahulu.

Perjumpaan Ahmad dan RoS itu dipercayai susulan kenyataan RoS sebelum ini bahawa keputusan MKT UMNO menangguhkan Pemilihan MKT, Bahagian dan Cawangan selama 18 bulan sebelum ini adalah tidak sah.

Mat Maslan bidas ROS, ‘Caretaker’ tidak dimaklumkan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Sistem demokrasi hancur jika Muhyiddin teruskan jawatan’


Sebaran :

Leave a Reply