Hilang majoriti, Muhyiddin kena jujur – Shahril

Hilang majoriti, Muhyiddin kena jujur – Shahril

Bukti Sudah Diberi Tiada Lagi Majoriti, PM Perlu Berlaku Jujur – Shahril

KUALA LUMPUR, 9 Ogos – Ketua Penerangan UMNO Shahril Hamdan berkata dengan bukti perkongsian akuan-akuan bersumpah dari 14 Ahli Parlimen UMNO, agak sukar melihat sudut mana Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Md Yassin masih mengatakan ada majoriti.

Tegas Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu, apabila mengadap Yang di-Pertuan Agong (YDPA) sebelum mesyuarat kabinet nanti, Perdana Menteri perlu berlaku jujur kepada YDPA.

“Jika tiada angka 111, sebut sahaja tidak ada. Kemudian serah kepada kebijaksanaan Tuanku YDPA bagaimana Baginda mahu bertindak mengikut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan.

“Apa-apapun tindakan selanjutnya, sekurang-kurangnya, tidak lagi dituduh mengelirukan Istana. Peranan Tuanku sudah termaktub dalam Perlembagaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada UMNO Online.

Dilaporkan hari ini Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan telah menghantar dua warkah kepada YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung isu penarikan sokongan kepada Perdana Menteri bertarikh 30 Julai dan 4 Ogos 2021.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dalam warkah tersebut, Ahmad Zahid juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) turut menyertakan 14 nama ahli Parlimen daripada BN dan UMNO yang juga telah menarik sokongan kepada Muhyiddin berserta surat akuan mereka.

Mereka adalah Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Ahli Parlimen Bagan Datuk; Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (Pekan); Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian); Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah (Lenggong) dan; Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling).

Seterusnya adalah Datuk Azalina Othman Said (Pengerang); Datuk Seri Bung Moktar Radin (Kinabatangan); Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (Machang); Datuk Mohd. Nizar Zakaria (Parit); Datuk Ahmad Nazlan Idris (Jerantut); Ramli Mohd. Nor (Cameron Highlands); Datuk Mohamad Alamin (Kimanis); dan Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang) serta Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang). UMNO Online

Hilang majoriti, Muhyiddin kena jujur – Shahril

Ada ramai calon ganti MP ingkar arahan MT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker