Orang nak vaksin, bukan jangkitan – Rafidah
‘Orang nak vaksin, bukan jangkitan’, Rafidah bidas kegagalan kawal kesesakan di PPV
Bekas menteri Rafidah Aziz berang dengan tindakan pihak berkuasa yang gagal mengawal kesesakan orang ramai yang berpusu-pusu ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Rumah Prihatin Hotel Grand Season untuk divaksin, hari ini.
Beliau berkata, situasi di kawasan berkenaan sangat menyedihkan, selain mengundang ketakutan dengan orang ramai bersesak-sesak tanpa penjarakan fizikal mengikut SOP serta pengabaian kawalan keselamatan.
“Orang ramai memang sangat berminat untuk melindungi diri dengan mendapatkan vaksinasi, tetapi bertembung dengan keadaan penuh sesak yang pastinya akan mencetuskan kluster Covid baharu.
“Pasti keadaan seperti itu akan mengundang bahaya jangkitan yang sangat sukar dikesan! Ramai pergi untuk dilindungi melalui vaksin bukan untuk terdedah kepada jangkitan virus Covid,” katanya di Facebook mengulas klip video pendek yang turut dikongsikannya.
Baca Artikel Menarik :
- MACC arrests JB mayor over alleged kickbacks
- Apa tindakan UMNO seterusnya, ini jawapan Zahid
- Abang Allahyarham Siti Sarah positif Covid-19, tahap oksigen menurun
- Mastura enggan patuh tuntutan UMNO Kuala Kangsar
- Sindiran Harith Iskander dibalas baik Menteri Agama
- Resepi Sotong Goreng Madu Best Giler
Layari Laman Facebook MYKMU
Dalam klip video berdurasi 59 saat itu, kelihatan seorang lelaki berusia lingkungan lewat 30-an cuba memberi peringatan kepada barisan panjang individu agar melakukan penjarakan fizikal selepas mengambil kira kesesakan melampau di PPV terbabit.
Beliau turut mengalirkan air mata kerana kekecewaan terhadap golongan yang mempunyai kuasa, namun tidak bijak menggunakan kuasa ketika ini.
“Minta polis datang suruh diorang balik la, (Mohamed) Azmin Ali ‘you do something, brother’ (anda kena lakukan sesuatu, saudara)…korang punya paku tu (itu) gunakanlah, rapat-rapat peluk macam tu sepanjang-panjang, masyaallah,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan mengapa golongan berkuasa daripada menteri dan polis tidak mahu menggunakan kuasa masing-masing.
“Kenapa orang yang ada kuasa tak pandai gunakan kuasa waktu ini, daripada menteri sampai ke polis, sampai ke kereta peronda, tak reti gunakan kuasa, bodohlah korang nie, bila nak sedar, orang mati, bapak orang mak, anak orang, semua orang tengah mati gunakanlah kuasa betul-betul,” katanya sambil mengesat air mata.
Dalam pada itu, Rafidah berkata, menteri bertanggungjawab seperti Khairy Jamaluddin dan Dr Adham Baba, perlu mengambil tanggungjawab dengan kejadian berlaku di PPV terbabit.
“Pengerusi Bersama Jawatankuasa Vaksinasi, apa tindakan diambil? Sangat mengecewakan apatah lagi pegawai, kakitangan dan barisan hadapan sektor kesihatan kita bertungkus-lumus menangani keadaan di hospital yang sentiasa penuh dan melimpah dengan pesakit Covid-19,” katanya. FMT
Orang nak vaksin, bukan jangkitan – Rafidah
You must be logged in to post a comment.