Kritik boleh, carut jangan- Sanusi

Kritik boleh, carut jangan- Sanusi

Kritik, tegur boleh, tapi jangan maki, carut, fitnah, kata Sanusi

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata, orang ramai bebas mengkritik dan menegurnya tetapi tidak boleh bersikap melampau dengan membuat kenyataan hinaan, carut dan fitnah yang menyalahi undang-undang.



Katanya, beberapa penangkapan baru-baru ini adalah susulan laporan polis dibuat pegawainya, yang menganggap kenyataan tertentu terhadapnya sebagai melampaui batas dan tatasusila.

Malah, katanya, ada jutaan pengguna Facebook di Malaysia yang tidak ditahan polis kerana mematuhi undang-undang.

Baru-baru ini empat orang ditahan polis kerana memecah keamanan dan menyalahgunakan undang-undang internet dengan membuat kenyataan dianggap menghina Sanusi di Facebook.

Ini berkaitan dengan kenyataan dibuat beliau di Sungai Petani pada hujung minggu lalu berhubung penggunaan kontena untuk jenazah Covid-19.



Bercakap kepada FMT, Sanusi berkata kebebasan bersuara tidak membolehkan seseorang memaki hamun, menuduh, menfitnah atau mencarut orang lain.

Menurutnya, kata-katanya itu adalah sebagai gurauan dengan wartawan yang berada bersamanya namun kini telah ‘dipusingkan’ untuk mencetuskan kebencian terhadapnya.

“Media sosial bukan tempat melempar fitnah, memburuk, mencari salah silap orang, memaki hamun, mengadu-domba, guna bahasa kesat dan sebagainya atas alasan mengkritik pemimpin.

“Jika ada kesilapan yang langgar undang-undang selama menggunakan media sosial, mereka perlu menghadapi akibatnya berdasarkan undang-undang.



“Kritik, tegur, bagi cadangan semua boleh. Tetapi maki, hina, mencarut, fitnah, hentam tanpa bukti, tuduhan, ‘body shaming’ yang ada tegahan dalam peruntukan undang-undang berkaitan tak bolehlah.”


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Beliau menegaskan, tindakan menghina dan mencaci bukan saja ditegah terhadapnya malah sesiapa saja di negara ini yang dilindungi undang-undang.



“Caci-maki hanya menimbulkan kekeruhan. Untuk apa guna bahasa kesat jika masih banyak istilah dlm bahasa kita yang sopan?” soalnya.

Beliau berkata, mereka yang tidak berpuas hati dengan sebarang tindakannya yang dianggap tidak wajar, termasuk gurauannya mengenai kontena kepada media, boleh membuat laporan polis terhadapnya.

“Kenapa mereka pula yang marah lebih-lebih sedangkan wartawan di depan saya semua ketawa sahaja? Itu bermaksud mereka tidak faham konteks gurauan itu tetapi mereka mengulas seolah-olah saya telah menunjukkan percakapan itu kepada mereka,” katanya.

“Kenapa mereka ambil gurauan saya dengan orang lain sebagai sesuatu yang serius dan ditujukan kepada mereka? Bukankah itu namanya orang lain yang mandi orang lain yang basah?” FMT



Kritik boleh, carut jangan- Sanusi

Sijil vaksin cetak sendiri, kalau palsu macam mana?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker