Orang muda tak tolak tunai, beras, tapi mahu peluang kerja, berniaga

Orang muda tak tolak tunai, beras, tapi mahu peluang kerja, berniaga

Ketua Penerangan Umno, Shahril Hamdan mahu kerajaan menyelesaikan segera isu pengangguran yang membabitkan lebih 750,000 orang yang kebanyakan mereka adalah golongan muda.

Katanya, langkah kerajaan mempercepatkan Bantuan Khas Covid-19 (BKC) amat dialu-alukan, namun bantuan wang tunai semata-mata tidak memadai.

“Bantuan kecemasan tunai senjata utama sewaktu pandemik, namun dalam mahu beralih ke fasa endemik, bermakna kita mengakui Covid-19 akan hilang buat masa yang lama.

“Bermakna strategi pengukuhan ekonomi makro dan ekonomi rakyat mesti lebih menyeluruh. Sampai bila hendak bergantung hanya kepada tunai dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja?

“Mereka (orang muda) tidak menolak wang tunai ataupun kampit beras, tetapi mereka lebih mahu peluang kerja dan peluang berniaga,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu, Shahril yang juga naib ketua Pemuda Umno menggesa kerajaan menyelesaikan isu pengangguran dengan dasar tuntas termasuk memperkenalkan skim jaminan pekerjaan.

Katanya, melalui skim jaminan pekerjaan atau ‘Job Bank’ itu, kerajaan tidak perlu menunggu pihak swasta mencipta kekosongan pekerjaan. Dia juga mengingatkan bahawa “orang muda” hari ini dahagakan perancangan untuk kembali beraksi dalam ekonomi.

Pada Rabu lalu, Perdana Ismail Sabri Yaakob mengumumkan BKC akan dibayar secara berperingkat dengan bayaran fasa satu dikreditkan mulai 6 Sept dan dijangka selesai pada 10 Sept, dengan dana berjumlah RM3.1 bilion.

BKC layak diterima golongan miskin tegar dan B40 dengan jumlah pendapatan RM5,000 dan ke bawah untuk isi rumah dan warga emas, serta bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah, berdasarkan kriteria kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021).

Golongan M40 yang melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan RM5,001 hingga RM9,000 untuk isi rumah dan RM2,501 hingga RM5,000 untuk bujang juga layak menerima BKC.

Di bawah BKC, kategori miskin tegar, isi rumah akan menerima RM1,300; warga emas sebatang kara (RM500) dan bujang (RM500). Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM800, warga emas sebatang kara (RM200) dan bujang (RM200); manakala kategori M40, isi rumah menerima RM250, warga emas sebatang kara (RM100) dan bujang (RM100).

Mengulas lanjut, Shahril berkata, dia menyambut baik perancangan pembukaan sektor ekonomi dengan selamat sepertimana disebut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin baru-baru ini.

“Langkah birokrasi yang mengekang peniaga dan penjaja mesti dipermudah secepat mungkin termasuklah dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara,” katanya.

Menurutnya, untuk merancakkan ekonomi, kita mesti keluar dengan idea yang berbeza dari sebelum ini. Mk

Orang muda tak tolak tunai, beras, tapi mahu peluang kerja, berniaga


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Lagu Caprice membuatkan Yahudi lari bertempiaran

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker