‘Detektif Conan’ Derita Kanser Meninggal Dunia -Al Fatihah [VIDEO]

‘Detektif Conan’ Derita Kanser Meninggal Dunia -Al Fatihah

Zairani Sarbini yang meminjamkan suara bagi watak animasi penyiasatan terkenal, Detektif Conan menghembuskan nafas terakhir di samping keluarga di kediamannya di Damansara Damai, semalam 9.8.2021.

Artis alih suara berusia 48 tahun itu yang menderita kanser serviks, meninggal dunia pada 3.30 petang.

Suaminya, Shamsul Cairel, 48, berkata, kesihatan arwah semakin merosot sejak seminggu lalu dan Zairani juga tidak sempat menjalani kemoterapi di Institut Kanser Negara, sebaliknya meneruskan rawatan di rumah.

“Sejak kelmarin sudah nampak tanda arwah nazak, antaranya nafas putus-putus. Isteri meninggal di sisi ahli keluarga dan tidak dapat bertutur sejak sel kanser merebak ke otak.

“Keadaannya terlalu lemah dan hanya berbekalkan ubat-ubatan selain, dibantu Hospis Malaysia sepanjang dia di rumah.

“Saya mewakili ahli keluarga berterima kasih dengan bantuan dan sokongan semua pihak sepanjang tempoh rawatan dan yang menjaga arwah,” katanya ketika dihubungi.

Shamsul berkata, jenazah Zairani akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Puah, Gombak, Selangor.

“Saya minta sesiapa yang mengenali arwah minta doakan dan maafkan kesalahan arwah. Jika ada sebarang urusan dengan arwah yang masih belum sempat ditunaikan arwah, datanglah temui saya,” katanya.

Terdahulu, katanya, ramai pihak terutama ahli keluarga arwah isterinya yang menetap di Perak menyatakan kekesalahan kerana tidak dapat ‘menemui’ arwah buat kali terakhir kerana sekatan pergerakan.

“Begitu juga kawan isteri dalam kalangan artis alih suara yang terkesan dengan kehilangannya,” katanya yang memberitahu isterinya dikenali ‘Kak Baby’ dalam kalangan teman dan seorang ceria, suka bergurau serta gemar membantu mereka dalam kesusahan.

Dia juga terharu dengan keprihatinan ditunjukkan rakan arwah termasuk pelakon Datuk Jalaluddin Hassan yang sering bertanya khabar sejak mengetahui arwah menderita kanser

Menurut Shamsul, dia berkongsi perkembangan Zairani dengan harapan individu yang mengenalinya termasuk peminat yang mengikuti perkembangan ubah suaranya dalam animasi Detektif Conan selain Shizuka dan Sakura -HM

https://www.youtube.com/watch?v=WdPQfTHihsw&t=213s

‘Detektif Conan’ Derita Kanser Meninggal Dunia -Al Fatihah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MCA Mungkin Lupa, UMNO Tidak Lupa – Najib

Amboi Mona Allen! Baik Punya….

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker