Kami tahu SD tiada makna, UMNO mahu membuktikan Muhyiddin tiada legitimasi

Kami tahu SD tiada makna, UMNO mahu membuktikan Muhyiddin tiada legitimasi. Menyedari akuan sumpah (SD) tidak boleh diterima pakai melainkan undi percaya di Parlimen pada September nanti, UMNO menyiarkan 13 surat berkenaan hanya untuk membuktikan bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN) sudah hilang majoriti dan tiada legitimasi.

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani menegaskan, biarpun SD dikira sebagai dokumen yang sah disisi undang-undang tetapi ia mempunyai kelemahan, terutamanya ketulenan sokongan ahli Parlimen.

“Kalau ikut Perlembagaan, cara yang paling afdal ialah undi percaya di Parlimen. Itu adalah caya terbaik.

“Pada ketika ini SD tidak boleh menentukan siapa ada sokongan atau tiada. Sebab kemungkinan boleh berlaku ahli Parlimen tanda tangan dua dokumen.

“Jadi ini yang menyebabkan perlunya undi percaya di Parlimen. Itu yang boleh mengesahkan ahli Parlimen menyokong Muhyiddin atau sebaliknya. Di Parlimen nanti dia tidak boleh pilih dua-dua. Sama ada sokong atau tidak,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

UMNO pada Isnin mendedahkan 13 SD pemimpin parti berkenaan yang tidak lagi menyokong Muhyiddin dan PN.

Turut disertakan dalam penyiaran itu ialah dua warkah surat yang diutuskan UMNO kepada Yang di-Pertuan Agong memaklumkan mengenai penarikan sokongan itu masing-masing pada 30 Julai dan 4 Ogos.

Bersama surat tersebut disertakan 13 SD yang ditandatangani kesemua ahli Parlimen terbabit.

Wallahi, Wabillahi, Watallah tidak akan sokong Anwar

Berdasarkan situasi semasa, bilangan ahli Parlimen bersama kem Zahid kini sudah mencecah 15 orang.

Walaupun tidak menandatangani SD, tetapi Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sudah memanjangkan surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk berpindah tempat bersama blok pembangkang selain berada di sisi Zahid pada sidang media pada Selasa lalu.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Noraini Ahmad juga melepaskan jawatan menteri sebagai bukti tidak lagi menyokong Muhyiddin.

Mengikut kiraan semasa setakat ini, dengan penarikan 15 sokongan UMNO itu, jumlah ahli Parlimen menyokong Muhyiddin kini ialah 100 orang.

Jumlah itu terdiri daripada Bersatu (31), UMNO (23) (Kem Ismail Sabri), MIC (1), MCA (2), Pas (18), Parti Rakyat Sarawak (2), SUPP (1), Parti Demokratik Progresif (2), Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (13), PBRS (1), PBS (1), Star (1) dan Bebas (4).

Jumlah ahli Parlimen yang tidak menyokong Muhyiddin yang diketuai blok pembangkang ialah 120 orang.

Mereka terdiri daripada (42), PKR (35), Amanah (11), Warisan (8), UPKO (1), PSB (2), Pejuang (4), dua ahli Parlimen Bebas iaitu Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar) serta Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan 15 ahli Parlimen UMNO (kem Zahid).

Setakat ini, Muhyiddin mempunyai masa sehingga 6 September ini untuk membuktikan keabsahan kerajaannya selepas mendapat perkenan Agong.

“Muhyiddin terpaksa berhadapan dan sudah menjangkakan apa yang telah UMNO lakukan (tunjuk 13 SD).

“Apa yang perlu dilakukan Muhyiddin adalah perlu tarik sokongan sesiapa sahaja yang boleh menyokongnya pada ketika ini,” kata Mohd Azizuddin.

Kami tahu SD tiada makna, UMNO mahu membuktikan Muhyiddin tiada legitimasi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


4 negeri mungkin bertukar kerajaan, gabungan?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker