Arwah Siti Sarah Minta Izin Ambil Wuduk, Solat Sebelum Ke ICU
Arwah Siti Sarah Minta Izin Ambil Wuduk, Solat Sebelum Ke ICU
Luluh hati orang ramai apabila membaca satu perkongsian seorang jururawat yang pernah menjaga dan merawat arwah penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin di hospital.
Menerusi perkongsian jururawat di laman TikTok yang menggunakan akaun @Missylia itu, dia ada menceritakan beberapa peristiwa dan kenangan manis bersama isteri kepada pelawak dan pelakon, Shuib itu.
Menurut jururawat itu, salah satu permintaan Siti Sarah sebelum dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menjalani pembedahan ‘czer’ (bersalin) adalah dia ingin berwuduk bagi menunaikan solat Subuh.
Kata jururawat itu, ketika itu arwah masih sedar dan boleh bercakap sebelum dibawa ke ICU.
“Sarah juga ada mintak saya amil plastik, air dan tisu, sebab dia nak lap badan dia sebab dia rasa panas.
“Dekat wad Covid memang panas hanya ada ‘aircond portable’ (penghawa dingin mudah alih),” kata @Missylia semasa menjawab pertanyaan pengguna Tiktok.
Tambah jururawat itu, Siti Sarah sangat mesra dan sentiasa mengucapkan terima kasih serta meminta maaf kepada jururawat setiap kali memerlukan pertolongan.
“Perkataan yang susah nurse nak dengar dari patient (pesakit),” katanya yang memuji sikap Siti Sarah sebelum ini.
Susulan perkongsian itu rata-rata pengguna kagum dengan sikap Siti Sarah yang sentiasa merendah diri dan menghormati orang lain.
Pada masa sama, mereka turut memuji layanan yang diberikan jururawat terhadap semua pesakit Covid-19 yang siang malam bertungkus lumus serta terpaksa merisikokan diri.-K! ONLINE.
Arwah Siti Sarah Minta Izin Ambil Wuduk, Solat Sebelum Ke ICU
Baca Artikel Menarik :
- Wallahi, Wabillahi, Watallah tidak akan sokong Anwar
- Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib
- UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD
- Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul
- Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah
- Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu
- Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol
Layari Laman Facebook MYKMU
Amboi Mona Allen! Baik Punya….
You must be logged in to post a comment.