Aksi Penyamun Versi Amatur Panik ‘Langgar’ Pagar Berjaya Dirakam CCTV [VIDEO]
Aksi Penyamun Versi Amatur Panik ‘Langgar’ Pagar Berjaya Dirakam CCTV [VIDEO]
Hampir terbalik pagar di langgar penyamun. Itu antara aksi yang berjaya dirakam televisyen litar tertutup (CCTV) milik sebuah rumah selepas seorang lelaki cuba melarikan diri dari seekor anjing.
Menerusi klip video yang tular di laman Facebook Malaysian Crime Watch itu, lelaki berkenaan pada awalnya dilihat membonceng sebuah motosikal bersama seorang rakannya.
Setibanya di hadapan rumah terbabit dia telah memanjat pagar dan cuba untuk menyamun rumah tersebut.
Bagaimanapun, hasrat lelaki terbabit terbantut selepas seekor anjing dilihat cuba menghalang ‘niat’ penyamun itu.
VIDEO DIBAWAH:-
[videopress yDjJRAx5]Mungkin bimbang dengan keselamatan diri, sama ada digigit anjing atau perbuatannya disedari tuan rumah mahupun jiran, lelaki itu cuba melarikan diri sehingga ‘melanggar’ pagar menyebabkan dia terjatuh.
Bagaimanapun, klip video berdurasi satu minit 16 saat itu tidak dinyatakan lokasi kejadian dan bila CCTV berkenaan dirakam.
Susulan klip video tersebut, rata-rata pengguna mengecam perbuatan lelaki terbabit dan melabelkan mereka sebagai ‘penyamun amatur’.
“Kena gertak sikit dengan anjing pun macam nak tercabut pagar dilanggarnya. Lain kali kalau hati tak kental jangan fikir boleh jadi penyamun,” tulis Sunkis Manis pada ruangan komen.
Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Azlan Cek Mek.
“Penyamun terdesak, kemungkinan besar mat gian, cari modal untuk beli ubat khayal,” ujarnya.-K! ONLINE
Aksi Penyamun Versi Amatur Panik ‘Langgar’ Pagar Berjaya Dirakam CCTV [VIDEO]
Baca Artikel Menarik :
- Wallahi, Wabillahi, Watallah tidak akan sokong Anwar
- Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib
- UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD
- Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul
- Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah
- Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu
- Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol
Layari Laman Facebook MYKMU
Penyamun Mana La Yang Kebas…Terus ‘Berputih Mata’ 25 Kambing Lesap