Tak tercalon, Nik Abduh dedah perkara sebenar

Tak tercalon, Nik Abduh dedah perkara sebenar

KOTA BHARU: Senarai calon PAS mewakili Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kelantan, tiada nama anak lelaki bekas Mursyidul Am, Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu Nik Mohamad Abduh.

Perkembangan itu mengundang dakwaan dan tanggapan bahawa PAS berniat mahu mematikan legasi Allahyarham Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan.



Namun, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dalam penjelasannya, memaklumkan Nik Mohamad Abduh tidak dicalonkan pada PRN di Kelantan selepas menolak dua kerusi yang ditawarkan.

Katanya lagi, bekas Ahli Parlimen Bachok itu juga berlapang dada sekiranya tidak bertanding pada 12 Ogos ini, sekali gus menafikan dakwaan tindakan tidak mencalonkan Nik Mohamad Abduh kerana PAS berniat mahu mematikan legasi Allahyarham Nik Abdul Aziz.

Nik Mohamad Abduh ketika ditemui di rumahnya, di sini hari ini, mengakui beliau berlapang dada dengan keputusan PAS yang tidak mencalonkan beliau untuk bertanding PRN.

Ahli Parlimen Bachok itu tetap berazam akan terus membantu parti menerusi pelbagai cara sepanjang tempoh berkempen nanti bagi memastikan Kelantan terus ditadbir PAS.



Bagaimanapun, beliau enggan mengulas berhubung dua kerusi ditawarkan kepadanya seperti dimaklumkan oleh Tuan Ibrahim, sebaliknya meminta media bertanya pucuk pimpinan parti.

“Kisahnya begini, ketika saya bertemu Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebelum ini, saya nyatakan hasrat sekiranya parti mahu saya bertanding, saya memohon bertanding di tempat yang tidak mengganggu tugas pertama saya di Pulau Melaka.

“Ini kerana selepas Pilihan Raya Umum (PRU) saya menguruskan tapak wakaf, Mahaad Darul Anuar (MADA) peninggalan arwah bapa. Saya minta supaya tugas politik saya nanti, sekiranya menang, tidak menghalang saya untuk menguruskan MADA.

“Saya tidak memohon mana-mana kerusi khusus sebagaimana didakwa, saya hanya nyatakan hasrat berkenaan,” katanya.



Nik Mohamad Abduh menambah, beliau tidak pernah terfikir untuk bertanding PRN dan apabila nama tidak dicalonkan pun, tidak menjadi masalah.

“Sebab itu saya tegaskan tidak bertanding pun tiada masalah kerana saya terima dengan hati yang terbuka.

“Namun saya akan tetap membantu jentera parti untuk berkempen bagi memastikan PAS terus mentadbir Kelantan dan berharap semua pengundi keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing,” katanya. BH

Tak tercalon, Nik Abduh dedah perkara sebenar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Padan muka hang dapat laki macam tu”, kata Shaarnaz kepada Reen Rahim



“Kes ini sangat juicy” – Azhar Sulaiman minta kes PU Azman dikendalikan secara tertutup

Lelaki kurang siuman tetak pengurus bank, dakwa miliki RM132 juta dalam akaun



Lelaki bogel ganggu pendaki wanita solo

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker