Kes Rasuah Muhyiddin, Timbalan Pendakwaraya beritahu mahkamah tiada diskriminasi

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk suapan berjumlah RM232.5 juta bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak bersifat diskriminasi terhadap bekas Perdana Menteri itu.

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah ini kerana kesemua pertuduhan itu telah memenuhi Seksyen 152, 153, dan 154 Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) yang menyatakan bentuk pertuduhan, butir-butir mengenai masa, tempat dan orang (yang dituduh) dan bila cara mengkomitkan kesalahan dalam pertuduhan.

Menurut Wan Shaharuddin, hak-hak Muhyiddin mengikut Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan tidak dilanggari kerana pada peringkat ini perbicaraan kes masih belum bermula.



“Kesemua dakwaan pemohon (Muhyiddin) adalah pramatang dan tindakan memulakan permohonan (untuk membatalkan pertuduhan) boleh diputuskan sebagai tindakan yang tidak berperlembagaan.

“Dalam apa jua keadaan, pada peringkat ini, hak pemohon di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan telah dijamin kerana segala prosedur-prosedur mengikut undang-undang sedia ada khususnya KTJ telah dipatuhi oleh pendakwaan selaku responden,” katanya ketika berhujah dalam prosiding permohonan Muhyiddin untuk membatalkan empat pertuduhan itu di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pula berhujah pendakwaan sejak awal telah memberikan notis kepada pihak pemohon bahawa tiada kewajipan di bawah undang-undang untuk responden menyatakan cara penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh pemohon dalam pertuduhan-pertuduhan tersebut.

Permohonan itu adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah, justeru, mahkamah tidak boleh menggunakan kuasa yang wujud untuk membatalkan pertuduhan-pertuduhan di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dihadapi pemohon, katanya.



Menurut Ahmad Akram, kesemua pertuduhan yang dimohon untuk dibatalkan jelas menyatakan unsur-unsur kesalahan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, iaitu Muhyiddin di atas kapasitinya sebagai pegawai awam ketika itu iaitu Perdana Menteri, telah menggunakan jawatan itu untuk suapan sebanyak RM232.5 juta.

“Untuk peringkat sekarang, adalah terlalu awal untuk menyatakan pertuduhan yang dihadapi beliau cacat kerana pertuduhan adalah lengkap dari segi Muhyiddin merupakan Perdana Menteri dan presiden Bersatu, suapan yang didakwa diterima antaranya adalah daripada tiga syarikat. Kami tidak faham apa lagi yang pihak pemohon mahukan,” kata beliau yang memohon agar permohonan itu ditolak oleh mahkamah.

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Muhyiddin dalam hujah balasnya berkata keempat-empat pertuduhan itu tidak mengikut undang-undang dan terdapat kecacatan kerana responden gagal menghuraikan secara terperinci bagaimana anak guamnya didakwa melakukan kesalahan penyalahgunaan jawatan ini.

“Semua pertuduhan mempunyai perkataan yang serupa, kecuali tarikh, tempat, dan jumlahnya…. adalah jelas bahawa konsep proses adil telah dilanggar oleh pendakwaan yang terlalu tergesa-gesa dan asas keadilan tidak dipatuhi.



“Kami memohon agar empat pertuduhan yang dikemukakan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM ini dibatalkan kerana tidak menyatakan sebarang kesalahan yang diketahui dalam undang-undang dan oleh itu merupakan satu penyalahgunaan proses,” kata Hisyam.

Muhammad Jamil menetapkan 15 Ogos ini untuk keputusan permohonan Muhyiddin, 76, yang difailkan pada 18 April lepas.

Muhyiddin, sebagai Perdana Menteri (ketika itu) dan Presiden Bersatu, didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Datuk Azman Yusoff bagi parti tersebut.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu di Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.



Pengerusi Perikatan Nasional itu turut berdepan atas dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM195 juta daripada Bukhary Equity yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank milik Bersatu.

Ahli Parlimen Pagoh itu juga didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 13 Mac lepas atas satu pertuduhan menerima wang hasil aktiviti haram berjumlah RM5 juta dan kes itu dipindahkan ke Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur untuk dibicarakan bersama.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

‘Barang’ nampak terjojol, Putera Muhammad minta maaf

Sophia AlBarakbah berang, nama dipetik goda suami orang lagi



Bapa jumpa semula anak diculik selepas cari selama 22 tahun

Yasmin Hani posing pakai swimming suit, netizen tegur patut bersyukur pada Allah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker