Badul nafi nikahi heroin filem arahan sendiri

Pelakon dan pengarah veteran, AR Badul menyangkal dakwaan sudah menikahi pelakon jelita, Annie Arifin seperti yang berlegar dalam media sosial.

Badul atau nama lengkapnya Armaya Aman Ramlie menegaskan bahawa semua dakwaan mengaitkan dengan Annie yang juga heroin filem arahannya berjudul Vik2toria Secret itu adalah tidak benar sama sekali.

“Dari mana khabar angin ini datang? Sebelum ini, ada dakwaan mengatakan Annie adalah anak saya. Berita itu juga tidak benar.

“Usia saya 73 tahun, Mungkin Annie boleh cari lelaki lebih baik daripada saya. Dunia sekarang memang macam ini (dunia fitnah), kita nak buat macam mana.

“Saya sudah tua, takkanlah tak sedar diri lagi nak ada teman wanita. Bukan nak kata saya baik, tetapi saya 73 tahun, bukan 37 tahun,” tegasnya.

Berterusan dikaitkan dengan wanita muda, AR Badul mendedahkan dirinya pernah enam kali mendirikan rumah tangga, dia bagaikan sudah kebal dan lali dengan dakwaan orang ramai selain menerima dengan hati yang terbuka.

“Sampai sekarang masih dikaitkan dengan wanita, bermakna saya masih kacak. Saya anggap semua ini alah bisa tegal biasa.

“Ada juga yang mendakwa saya ini gunakan ilmu. Rahsianya, saya hanya baik hati dengan semua orang, senyum dan layan dengan baik. Kalau sudah tidak layan, jangan susahkan diri,” katanya sambil ketawa.

Meskipun dihimpit pelbagai kontroversi dan khabar angin yang tidak berasas, Badul tidak kesal dan menganggap itu sebagai asam garam sepanjang bergelar anak seni.

Saya tidak kesal dengan dakwaan sebegini. Selagi bergelar seorang selebriti, kita terima sahajalah.

Untuk rekod, filem Vik2ria Secret merupakan filem komedi ‘luar kotak’ yang dibarisi pelakon-pelakon hebat tanah air seperti Annie Arifin, Ropie Cecupak, Keena Mentor, Man Raja Lawak, Fiza Halim, Che Mat, Wan Gegau, Amaris, Fared Adnan dan ramai lagi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Syamsul bayar edah RM15 ribu, nafkah anak RM6 ribu sebulan, insuran RM3.5 ribu dan percutian RM5 ribu setahun

Sophia Albarakbah bikin hal lagi?

Penunggang Ducati elak motosikal lawan arus maut jatuh dari Lebuhraya SUKE [VIDEO]

Kes saman Puteri Sarah terhadap Ira selesai

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker