Beritahu hal sebenar kepada anak-anak, ujian paling besar
Beritahu hal sebenar kepada anak-anak, ujian paling besar. “Saya beritahu pada anak-anak bahawa ibu mereka tidak akan kembali lagi kerana Allah lebih menyayanginya.”
Itu yang diberitahu suami kepada Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Shuib ketika menceritakan detik-detik memberitahu hal sebenar iaitu kematian ibu kepada tiga anaknya, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, hari ini.
Paling pilu, ahli kumpulan Sepahtu itu memberitahu momen untuk memaklumkan perkara sebenar kepada tiga anaknya merupakan detik paling sukar yang perlu dilaluinya semalam.
Bagaimanapun menurut Shuib, Tuhan telah mempermudahkan urusan tersebut walaupun ada diantara anaknya yang masih kurang faham tentang situasi sebenar.
“Apabila saya balik ke rumah. Saya minta diri dengan anak-anak nak mandi. Hari ini, saya mandi lama sangat sebab memikirkan bagaimana caranya untuk saya beritahu perkara sebenar kepada tiga anak saya yang masih belum tahu bahawa ibu mereka sudah tiada lagi.
“Kemudian, ibu mentua minta saya terus-terang dengan anak-anak kerana mereka sudah menonton berita tentang kematian Siti Sarah dalam YouTube.
“Ini dugaan paling berat saya kena buat. Saya cekalkan hati, panggil anak-anak dan terangkan dalam keadaan TV terbuka yang tertulis Siti Sarah sudah tiada.
“Saya cakap pada mereka bahawa ibu tak akan balik lagi. Matin menangis teresak-esak, teruk dia menangis dan saya cakap kita berdoa tetapi ibu milik Allah dan tidak akan dikembalikan kerana Tuhan sangat sayangkan dia,” ujarnya dalam InstaLive hari ini.
Mahu merealisasikan impian arwah isterinya untuk melihat anak-anaknya menjadi insan yang mulia di sisi Tuhan.
“Saya juga berpesan kepada anak-anak agar menjadi insan yang soleh dan solehah kerana itu yang diinginkan oleh ibu mereka.
“Itulah bekalan seorang ibu iaitu amal dan soleh anak-anak mereka,” ujarnya panjang lebar. –
Selain Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, dan Ariq Matin, Shuib dan arwah Siti Sarah turut dikurniakan seorang lagi cahaya mata, Ayash Affan berusia tujuh bulan yang kini sedang dirawat di hospital selepas dilahirkan secara pembedahan pada 6 Julai lalu.
Beritahu hal sebenar kepada anak-anak, ujian paling besar
Baca Artikel Menarik :
- Bidadari syurga saya pergi buat selamanya – Shuib
- UPSI tawar Azizulhasni jawatan dan biasisiswa PHD
- Ganggu Hubungan Intim, Budak 3 Tahun Maut Dipukul
- Fadzilah Kamsah Dakwa Ada Gangguan Paranormal Pada Siti Sarah
- Resepi Kek Butter Durian Rasa Padu
- Ameera Khan rapat dengan Jefri Nichol
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.