Warga emas rogol kambing dibebas dengan jamin polis
Warga emas rogol kambing dibebas dengan jamin polis
Seorang warga emas yang disiasat dalam kejadian kelakukan seks di luar tabii dengan seekor kambing betina sehingga mengakibatkan haiwan itu mati di Serendah, Kuala Kubu Bharu pada minggu lalu telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Suspek, 60, yang masih bujang dibebaskan semalam selepas tempoh reman selama tujuh hari tamat.
Sumber memberitahu, polis kini dalam proses menunggu arahan lanjut memandangkan kertas siasatan telah dirujuk oleh Timbalan Pendakwa Raya ke Pejabat Peguam Negara pada Selasa lalu.
“Namun ia kemudian telah angkat kepada Pejabat Peguam Negara di Putrajaya dan kita kini sedang menunggu keputusan dan arahan dari sana, dalam kes ini yang mungkin mengambil sedikit masa lagi.
Baca Artikel Menarik :
- Pandelela cemas kepala hampir terkena platform
- Saya dan Dhabitah sudah lama berpisah
- Resepi Gulai Nangka Muda Ikan Masin Sempoi
- Najib memberi teguran kepada pengkritik kerajaan
- Najib, UMNO Peroleh Kembali Aset Yang Disita Bernilai RM114 juta
- Tuduh saya mencuri tapi pujuk suruh sokong PM
- Horse-trading for the PM’s post, Muhyiddin keep fighting
Layari Laman Facebook MYKMU
“Sementara, suspek pula sudah selesai diambil keterangan semasa tempoh reman tujuh hari itu dan sudah dilepaskan dengan jamin polis semalam (Rabu),” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.
Pada 29 Julai lalu, suspek suspek telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu dan direman tujuh hari di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan kes tersebut.
Penolong Pendaftar, Mohamad Azrul Muhd Sobri membenarkan reman ke atas suspek yang dibawa dengan tangan bergari dan dikawal tiga anggota polis dari daerah Hulu Selangor.
Kes disiasat dibawah Seksyen 377/289 Kanun Keseksaan.
Penyiasatan kes dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Azman Abdul Karim.
Ketua Polis Hulu Selangor, Superintendan Arsad Kamaruddin dalam kenyataan minggu lalu berkata, kajadian pada jam 1.30 petang 27 Julai lalu disedari pemilik kambing berkenaan yang terdengar bunyi pelik haiwan peliharannya itu di kandang belakang rumah.
Wanita berusia 45 tahun itu yang keluar untuk memeriksa keadaan haiwan peliharaannya itu terkejut apabila melihat seorang lelaki yang dikenalinya bangun daripada sebelah kambingnya dalam keadaan separuh bogel sebelum melarikan diri.
Pemeriksaan lanjut keadaan kambing sebelum mendapati haiwan peliharaannya itu sudah mati, ujarnya. MG
Warga emas rogol kambing dibebas dengan jamin polis
You must be logged in to post a comment.