Sesat di Gerbang Jawatan … Carilah Jalan Pulang – Razlan

Sebaran :

Sesat di Gerbang Jawatan, Carilah Jalan Pulang – Razlan

“Carilah jalan pulang, jangan kita terus sesat di Gerbang Jawatan!

Demikian tegas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Rafii mengulas berkaitan situasi politik hari ini.

Dalam hal ini, beliau menyorot apabila UMNO kalah pada PRU14, ramai yang lari dari mempertahankan parti yang dahulunya mereka dikatakan keramat, parti tempat mereka bernaung dan parti tempat mendapat punca rezeki.

“Permilihan UMNO sebaik sahaja kekalahan telah membuktikan ramai lagi yang tidak ingin mempertahankan jawatan, malah ada yang mahu bergerak dari luar sahaja sebagai kumpulan sokongan.”

Ramai rakan-rakan UMNO dikenakan pertuduhan di mahkamah dikenakan LHDN malah ada yang kena AMLA, bukan hanya pemimpin atasan ditekan, malah bahagian-bahagian di tuduh menerima sumbangan dari wang 1MDB juga di siasat dan didakwa.

“Pertuduhan Politik ini di teruskan sehingga hari ini. Tun Mahathir mengugut Presiden untuk membubarkan UMNO dan bersama dengan PPBM. Ahli-ahli Parlimen yang melompat dan sumpah taat setia kepada Kerajaan tidak akan di tekan dan di kenakan pendakwaan,” katanya dalam kenyataan menerusi laman facebooknya, hari ini.

Ujarnya, apabila Barisan Nasional (BN) menang besar di pilihan raya-pilihan raya kecil, sokongan rakyat Malaysia bertambah dan kembali kepada BN, malah PAS dan UMNO diterjemahkan gabungan yang akan membawa kepada kesetabilan politik.


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sesat di Gerbang Jawatan

“Itu semua sudah dilupakan, apabila Hamzah, Takiyuddin, Shahidan dan beberapa pemimpin atasan saban hari berbincang untuk merebut kuasa dari PH. Perancangan dibuat semua atas dasar kuasa dan kebencian, mengagalkan segala pergerakan UMNO+PAS untuk menanguk di air yang keruh.

“Hari ini kumpulan yang sama bergerak untuk terus melemahkan UMNO dan memecah belahkan PAS, untuk membawa PAS bersama PPBM.

“Objektif mereka untuk mempergunakan jawatan bagi membutakan kesetiaan pemimpin kepada parti sudah berjaya, ini yang diungkapkan oleh Tan Sri Muhyddin secara terang dalam mesyuarat.”

Jelasnya, kes-kes pertuduhan politik terhadap parti UMNO adalah bahan tawar menawar setiap kali UMNO bertindak untuk memperkuatkan parti, ada yang termakan, ada yang terus berani berhadapan.

“Ada juga hari ini, yang tersalah langkah di ugut untuk kekal menyokong PN. Apa beza kumpulan Tun M dan Muhyddin ini? Rakan-rakan anda dan bahagian-bahagian masih di ugut agar terus diminta akur sekira tidak semua ini akan didakwa,” katanya lagi. UMNO Online

Sesat di Gerbang Jawatan, Carilah Jalan Pulang – Razlan

Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut


Sebaran :

Leave a Reply