Ketua Umno Bahagian lepas jawatan Ahli Lembaga Pengarah LTAT

Ketua Umno Bahagian lepas jawatan Ahli Lembaga Pengarah LTAT

Ketua Umno Bahagian Wangsa Maju, Mohd Shafei Abdullah meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Peletakan jawatan itu dimaklumkan sendiri oleh beliau menerusi sepucuk surat bertarikh 4 Ogos kepada pengerusi lembaga berkenaan.

Mohd Shafei adalah pemimpin ketiga dalam Umno yang mengambil tindakan itu selepas Naib Presidennya Mohamed Khaled Nordin meletak jawatan sebagai Pengerusi Boustead Holding Berhad dan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Razlan Rafii sebagai Ahli LTAT.

Tindakan itu dilakukan beliau kerana mentaati keputusan parti yang menarik sokongan kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, menurut laporan Utusan Malaysia.

Mohd Shafei turut mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob kerana melantiknya sebagai Ahli Lembaga LTAT.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama sepanjang berada di LTAT.

“Umno sebagai parti yang menjunjung kedaulatan Raja-raja Melayu dan meletakkan rakyat sebagai keutamaan sedang diabaikan oleh perdana menteri,” katanya dalam surat itu. FMT

Ketua Umno Bahagian lepas jawatan Ahli Lembaga Pengarah LTAT


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Langkah Seri Pacific, gerakan musuh dalam selimut

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker