Najib, UMNO Peroleh Kembali Aset Yang Disita Bernilai RM114 juta
Najib, UMNO peroleh kembali aset yang disita bernilai RM114 juta
Sejumlah aset bernilai RM114 juta, yang disita oleh polis di kondominium mewah Pavilion Residences pada 17 Mei 2018, telah dipulangkan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan UMNO.
Timbalan Pendakwaraya Faten Hadni Khairuddin memberitahu Astro AWANI, berdasarkan semakan dengan pegawai penyiasat, aset terbabit telah diserahkan pada 17 Jun lepas.
Tambahnya lagi, pemulangan itu dilakukan kerana pihak pendakwaan tidak memohon untuk memfailkan rayuan, selepas Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Muhammad Jamil Hussin dalam penghakiman pada 20 Mei lepas, menolak permohonan pendakwaan untuk melucut hak aset terbabit.
“(Aset) telah diserahkan kepada DSN melalui wakil kerana pihak pemohon (pendakwaan) tidak memfailkan rayuan,” katanya lagi.
Selain itu, hakim juga memutuskan pendakwa raya gagal membuktikan wang berkenaan wujud hasil aktiviti pengubahan wang haram.
Untuk rekod, pendakwaan pada 2019 telah memfailkan permohonan pelucuthakan terhadap OBYU Holdings untuk melucut hak barangan.
Ia merangkumi 11,991 unit barang kemas, 401 utas jam tangan dan 16 aksesori jam tangan, 234 pasang cermin mata serta 306 beg tangan dan wang tunai dalam pelbagai denominasi berjumlah RM114,164,393.44.
Najib, UMNO peroleh kembali aset yang disita bernilai RM114 juta
Baca Artikel Menarik :
- Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis
- Gugurkan kes : Najib jawab dakwaan Muhyiddin
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
Layari Laman Facebook MYKMU
Noor Hisham tersepit, dipersoal berat sebelah
You must be logged in to post a comment.