Lelaki Dakwa Majikan Paksa Staf Positif Covid-19 Makan Ubat Ivermectin

Lelaki Dakwa Majikan Paksa Staf Positif Covid-19 Makan Ubat Ivermectin

Seorang lelaki mendakwa ada majikan ‘memaksa’ kakitangan yang disahkan positif Covid-19 mengambil ubat Ivermectin selain turut meminta mereka makan ubat tersebut di hadapannya.

Perkara itu didedahkan pemilik akaun Twitter bernama Shiqnovac yang mengatakan perkara tersebut berlaku kepada kakaknya baru-baru ini.



 

“Ingat tak kes kakak aku positif Covid-19 sebab kluster tempat kerja? Hari ini (semalam) bos dia suruh makan Ivermectin. Makan depan bos dia ya.

“7 Julai 2021 keluarga aku buat Covid-19 ujian calitan. Kakak dan dan adik lelaki positif selepas jadi kontak rapat. Aku salahkan syarikat tempat dia kerja sekarang. Kakak aku ibu tunggal. Abang ipar sudah meninggal dunia,” kongsinya di platform media sosial tersebut semalam.



Pemuda itu turut berkongsi tangkap layar mesej aplikasi WhtasApp yang menyatakan kakaknya tidak tahan bekerja di syarikat terbabit dengan majikannya turut memaksa pekerja datang bekerja walaupun tinggal di hostel yang sama dengan mereka yang telah dijangkiti Covid-19.

“Betul-betul gila. Orang takut datang kerja gegar sampai ke hostel (asrama). Paksa bekerja. Satu rumah lima, dua orang positif lagi tiga yang negatif disuruh masuk bekerja jika tidak gaji dipotong.

“Hendak tanya, sesiapa ada sumber kerja kosong tak untuk kakak aku? Dia tinggal di kawasan Puchong. Tempat kerja skrg kat USJ. Kakak aku lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan mempunyai pengalaman kerja. Sekarang dia kerja sebagai Pengawal Inventori. Terima kasih,” ciapnya.

Hantaran tersebut diulang kicau lebih 23,900 kali dengan kebanyakan netizen berdoa agar urusan mereka dipermudahkan selain ada yang berkongsi maklumat jawatan kosong untuk kakak lelaki berkenaan. – K! ONLINE



Lelaki Dakwa Majikan Paksa Staf Positif Covid-19 Makan Ubat Ivermectin


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Yang degil masih sokong, sedang mencari nahas

Noor Hisham tersepit, dipersoal berat sebelah



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker