Cikgu Param peluk Islam

Cikgu Param peluk Islam

Sungai Petani: “Perasaan saya bercampur baur antara sedih dan gembira sebaik melafazkan dua kalimah syahadah,” kata aktivis masyarakat yang aktif dalam kebajikan K Parameswaran, 35, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Param yang memeluk Islam di Masjid Taman Bandar Baru, Sungai Lalang selepas solat Jumaat, hari ini.

Menurutnya, dia tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata selepas melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre (MADAD), Mohammad Yaakub Yusra Mohd Yusof dengan turut disaksikan jemaah lain termasuk rakan-rakan yang datang dari jauh.



“Bagi saya, lafaz dua kalimah syahadah ini boleh dilakukan sama ada di Kuala Lumpur atau mana-mana saja lokasi suatu hari nanti kerana saya memang bersedia untuk memeluk Islam.

“Namun, Allah SWT sebaik-baik perancang kerana menemukan saya dengan Ustaz Yaakub sekali gus melafazkan dua kalimah syahadah di hadapannya disaksikan jemaah masjid yang saya sendiri tidak kenal mereka,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, dia amat terharu kerana ramai jemaah masjid datang bersalaman sambil memeluk dengan memberi kata-kata semangat kepadanya selepas selesai melafazkan dua kalimah syahadah.

“Sebelum melafazkan dua kalimah syahadah, saya ‘berkampung’terlebih dulu di MADAD selama dua bulan setengah untuk mendalami dan mempelajari ilmu asas agama Islam.



“Alhamdulillah, dengan bantuan ustaz dan tenaga pengajar di MADAD, saya dapat belajar solat, membaca al-Quran serta ilmu agama yang lain,” katanya yang sejak kecil membesar dalam komuniti Melayu.

Beliau berkata, dia sudah lama ingin memeluk Islam namun tiga ahli keluarga iaitu ibu, bapa dan abangnya meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 tahun lalu dan dia terpaksa berkabung selama setahun selepas pemergian mereka.

“Sebagai satu-satunya waris yang ada, saya kena berkabung selama setahun kerana perlu melakukan upacara penghormatan terakhir buat ahli keluarga mengikut agama dulu.

“Jadi, selepas saja selesai tempoh berkabung saya akhirnya meluahkan hasrat untuk memeluk Islam kepada ustaz dan rakan-rakan dan berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu,” katanya.



Menurutnya, ketika masih hidup semua ahli keluarga tidak pernah menghalang sekiranya dia mahu memeluk Islam namun dia masih belum bersedia ketika itu.

“Ketika masih hidup ibu dan bapa tidak pernah menghalang kerana selagi apa yang saya lakukan itu betul dan tidak memutuskan ikatan persaudaraan ia sudah memadai untuk mereka.

“Malah, ibu dan bapa memang cukup seronok melihat saya dan abang membesar dalam komuniti Melayu dan setiap kali tiba Ramadan mereka tidak pernah lupa membelikan juadah untuk diberikan kepada jiran,” katanya.

Ditanya mengenai nama yang akan digunakan nanti, Cikgu Param berkata buat sementara ini ia masih dalam peringkat perbincangan untuk memilih nama yang sesuai buatnya.



“Saya memeluk Islam atas kerelaan hati sendiri dan sebagai orang baru, banyak lagi yang saya perlu belajar serta mendalami dalam ilmu agama,” katanya. HM

Cikgu Param peluk Islam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Puteri Balqis & Ibu Jumpa Pakar Psikiatri, Disahkan Hidap PTSD

It’s None Of Your Business– Zul Ariffin



Mahathir tak pernah ‘move on’ dari UMNO

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker