UMNO perlu balik keputusan asal
KUALA LUMPUR : UMNO disaran untuk kembali pada keputusan asal iaitu meneruskan sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, ia selaras dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO 2020 sebelum ini untuk terus menyokong kerajaan sehingga Pilihan Raya Umum (PRU).
“Kekal sahaja dengan keputusan asal, jangan dipinda. Sebab keputusan semalam yang dibuat, kerajaan tetap tidak tumbang?
“Apa permainan mereka ini? Nak jatuhkan kerajaan, kemudian nak tubuh kerajaan dengan Bersatu juga? Tidakkah ia dilihat main-main?” soalnya ketika dihubungi, semalam.
Malah jelas Tajuddin, ‘kesilapan’ yang dibuat UMNO bukan kali pertama, malah berulang kali strategi cuba dilakukan, tetapi akhirnya akan merugikan UMNO.
“Bila Perdana Menteri dah buat keputusan, masing-masing rasa macam terperangkap, kan? Ada seorang dua yang dah hubungi balik, cakap mereka ditarik-tarik untuk berdiri bersama pada sidang media yang UMNO buat kelmarin.
“Perlu diingat, jalan nak pergi ke Ipoh ni ada banyak, ada jalan kampung, ada lebih raya. Strategi tidak mengena. Berapa kali Zahid dah buat kesilapan?
” Sebab kalau niat dah lain, memang takkan jadi,” jelasnya lagi.
UMNO perlu balik keputusan asal
Baca Artikel Menarik :
- Desakan campur urusan mahkamah, Muhyiddin perlu buat laporan polis
- Gugurkan kes : Najib jawab dakwaan Muhyiddin
- Earth-shattering day for Muhyiddin
- Tiada antibodi dikesan selepas terima dua dos vaksin
- Saya sayang parti dari jawatan – Shamsul
- Tauke nafi ‘bapa ayam’ yang ditahan
- Resepi Kacang Kuda Berempah Jamin Best
Layari Laman Facebook MYKMU
Nazri kata permintaan Muhyiddin diperkenan Agong bukti PM tidak derhaka