Pelawak ditahan kes pemerdagangan manusia

Pelawak ditahan kes pemerdagangan manusia

Seorang pelawak terkenal ditahan di sebuah hotel di daerah ini kelmarin bagi membantu siasatan berhubung kes pemerdagangan manusia.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, lelaki berusia 40an berkenaan ditahan dalam serbuan Ops Pintas yang dilakukan pada pukul 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ) Daerah selepas hasil risikan dan maklumat pihak polis.

Menurutnya, dalam serbuan yang sama juga, polis berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks.

“Polis turut merampas sebuah kereta jenis Perodua Axia, beberapa bungkus kondom, sejumlah wang tunai dan empat buah talefon bimbit dalam serbuan berkenaan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Amran berkata, suspek kini telah ditahan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) selama empat hari

Malah menurutnya, suspek juga telah dikenakan kompaun atas kesalah rentas negeri tanpa kebenaran di bawah Peraturan-Peraturan pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

“Manakala, mangsa yang diselamatkan telah mendapat perintah perlindungan sementara dan kini ditempatkan di sebuah Rumah Perlindungan di Johor,” katanya.

Menurutnya, tangkapan berkenaan merupakan tangkapan kedua bagi kes pemerdangan manusia di daerah tersebut. K Online

Pelawak ditahan kes pemerdagangan manusia


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker