SD Ahli Parlimen UMNO kini sudah berada di Istana

Sebaran :

SD Ahli Parlimen UMNO kini sudah berada di Istana. Umno telah menyerahkan surat akuan “yang mencukupi” kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menzahirkan penarikan sokongan parti itu terhadap Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri.

Presidennya Ahmad Zahid Hamidi berkata ia sekali gus menunjukkan kepimpinan Muhyiddin sudah hilang majoriti dan keabsahannya sebagai ketua  kerajaan.

Berikut senarai anggota parlimen yang hadir dalam sidang media tadi:

  1. Najib Abdul Razak (Pekan)
  2. Azalina Said Othman (Penggerang)
  3. Mohd Nizar Zakaria (Parit)
  4. Azeez Abdul Rahim (Baling)
  5. Noh Omar (Tanjung Karang)
  6. Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk)
  7. Ahmad Nazlan Idris (Jerantut)
  8. Ahmad Jazlan Yaakub (Machang)
  9. Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang)
  10. Ramli Mohd Nor (Cameron Highlands)
  11. Ahmad Maslan (Pontian)

PAS akan adakan mesyuarat tergempar selepas UMNO ceraikan PN

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan dan Ketua Pemuda Umno Malaysia Asyraf Wajdi Dusuki juga menghadiri majlis itu yang diadakan selepas mesyuarat majlis tertinggi di ibu pejabat parti berkenaan jam 4 petang tadi.

Menurut Ahmad Zahid, semua ahli parlimen terbabit menandatangani surat itu sebagai bukti menyatakan pendirian masing-masing.

Selain pemimpin yang hadir, katanya terdapat anggota parlimen lain yang tidak dapat bersama kerana mempunyai urusan lain atau berada di kawasan masing-masing.

Menurut Ahmad Zahid, selepas mengadakan mesyuarat tadi Majlis Tertinggi Umno memutuskan untuk parti itu berpihak kepada Yang di-Pertuan Agong dan tidak lagi mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin.

Kata ahli parlimen Bagan Datuk itu, Muhyiddin dan PN “ternyata gagal di mata rakyat”.

Membacakan kenyataan, Ahmad Zahid berkata kenyataan terbaru dibuat Muhyiddin hari ini tidak menjernihkan keadaan bahkan menyerlahkan kekhilafan kerajaan PN yang didakwanya menyanggahi titah Agong.

“Malah (kerajaan PN) mempersendakan baginda, yang hakikatnya sudah beberapa kali menitahkan agar semua ordinan darurat dibahaskan dan diungkaikan sebelum 1 Ogos, bukannya September 2021, sejajar dengan Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

“Muhyiddin mesti mengambil tanggungjawab atas kegagalan dan keingkaran kerajaan pimpinan beliau yang menyanggahi titah Yang di-Pertuan Agong dengan meletakkan jawatan sebagai perdana menteri secara terhormat,” katanya.

SD Ahli Parlimen UMNO kini sudah berada di Istana

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


UMNO sah tidak pertahan Kerajaan PN


Sebaran :

Leave a Reply