OLIMPIK: Jackson tersingkir selepas berjoging ke garisan penamat

OLIMPIK: Jackson tersingkir selepas berjoging ke garisan penamat

TOKYO: Shericka Jackson dikecam hebat gara-gara tindakannya sekadar berjoging melintasi garisan penamat ketika dia tersingkir dari acara 200 meter wanita Sukan Olimpik Tokyo.

Jackson boleh melangkah ke separuh akhir dengan tempat kedua, namun sekadar menduduki tempat keempat dengan dia dipintas dua pesaingnya ketika perlumbaan menuju ke beberapa meter terakhir.

Pelari pecut yang memenangi pingat gangsa dalam acara 100 meter itu gagal mengikut jejak dua rakan senegaranya dari Jamaica, Elaine Thompson-Herah dan Shelly-Ann Fraser-Pryce melangkah ke separuh akhir dalam acara pecut jarak jauh itu.

Tindakan anehnya itu dikritik hebat dan ada peminat yang berang dengan menggelarnya sebagai bintang Jamaica ‘bodoh’.

Shericka Jackson, the 100m bronze medallist, is out of the 200m after making a crucial error in her heat.
The Jamaican was expected to cruise through to the semi-finals, but she missed out of the top three with a time of 23.26 seconds.

Positioned in third heading for the finish, Jackson bizarrely made the decision to ease off as she closed in on the line.

Bekas pelari, Steve Cram berkata di BBC: “Shericka Jackson hanya banyak berjoging. Mengapa mengambil risiko sedemikian? Saya minta maaf kerana marah, namun saya bagi pihaknya, bagi pihak jurulatihnya dan rakan sepasukannya. Perkara itu tidak perlu.”

Bekas juara dunia dua kali, Colin Jackson berkata: “Dia melihat senarai awal dan berfikir “oh, saya akan menamatkannya dengan cukup selesa.

“Tetapi salah satu perkara yang tidak patut anda lakukan adalah memperlahankan (larian) – anda harus berlari dari permulaan hingga ke penamat,” tambahnya. BH

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

OLIMPIK: Jackson tersingkir selepas berjoging ke garisan penamat


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Nak Cucuk Vaksin Ke Nak Tayang Body? [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker