Maradona Meninggal, Penyanyi Madonna Jadi Trending Bila Ada Netizen Ucap RIP Kepadanya

Legenda bola sepak Argentina, Maradona dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung pada usia 60 tahun.

Namun nampaknya ada netizen di Twitter yang tak nak ketinggalan dengan berita yang mengejutkan seluruh peminat bola sepak malam tadi.

Sayangnya, ada netizen yang memanjangkan berita kematian sekaligus mengucapkan selamat jalan kepada Maradona, tetapi ada yang silap dengan menyampaikan khabar penyanyi pop Madonna meninggal dunia.

Tidak hanya menyampaikan belasungkawa kepada Madonna, ada netizen yang membuat video berlatar lagu penyanyi itu yang menampilkan foto sang bintang pop dengan keterangan, “RIP MADONNA, 1958-2020.”

“RIP Madonna, anda akan selalu ada di hati kami. Legenda,” cuit netizen yang menggunakan nama @poemtoahoe itu di Twitter.

Ada yang membalas kepada netizen itu dengan mengatakan yang mati adalah Maradona, bukannya Madonna.

Oleh kerana banyak yang tersilap menerima khabar kematian Maradona menjadi Madonna, nama penyanyi popular itu menjadi trending di media sosial dan pencarian namanya meningkat di Google, hampir sama banyak dengan pencarian nama Maradona.

Bagaimanapun berita mengenai kematian Maradona disambut dengan kedukaan oleh banyak pemain bola sepak lainnya.

Pele menuliskan belasungkawanya di Twitter yang berbunyi: “Ini sebuah khabar yang menyedihkan. Saya kehilangan sahabat baik dan dunia kehilangan seorang legenda.

“Banyak yang ingin saya katakan, tapi untuk waktu ini, semoga Tuhan memberi kekuatakan buat keluarganya. Saya berharap dapat bermain bola di atas sana dengan kamu.”

Ikut berbelasungkawa adalah Messi yang mengatakan walaupun dunia telah kehilangan legenda bola sepak, namun Maradona sentiada ada kerana beliau adalah abadi.

Sementara Cristiano Ronaldo pula mencoretkan: “Hari ini saya mengucapkan selamat tinggal kepada seorang teman dan genius yang abadi. Salah satu yang terbaik pernah kita ada. Ahli magik yang tidak boleh ditafsirkan.

“Beliau pergi terlalu awal, namun meninggalkan legasi tanpa limit. Selamat berehat, anda tidak akan dilupakan.

Maradona atau Diego Maradona meninggal dunia di rumahnya di Tigres, Argentina, hanya dua minggu selepas menjalani pembedahan otak.

Maradona selamat jalani pembedahan otak

Sementara itu……

Inilah Kata-kata terakhir Diego Maradona sebelum meninggal dunia

Agensi berita BBC melaporkan, bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu mengalami serangan jantung di rumah.

Maklumat lanjut bagaimanapun belum diperoleh, namun beberapa media antarabangsa sudah melaporkan mengenai kematian bintang berkenaan.

Beliau sebelum ini menjalani pemb3dahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak awal November lalu, selain pernah menjalani rawatan kerana ketagihan alkohol.

Beliau yang diiktiraf sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah, menjadi kapten ketika Argentina memenangi Piala Dunia 1986, dengan persembahan permainan yang luar biasa.

Beliau juga bermain untuk Barcelona dan Napoli semasa zaman kegemilangannya selain memenangi dua gelaran Serie A dengan pasukan Itali

Kata-kata terakhir Diego Maradona sebelum meninggal dunia

DEIGO Maradona megadu tidak sihat pada pagi dia mengalami serangan jantung.

“Saya rasa kurang sihat”. Itu kata-kata terakhir Maradona sebelum meninggal dunia.

Legenda bola sepak dunia itu pergi semula ke bilik tidurnya selepas sarapan pagi sebelum memberitahu anak saudaranya, Johnny Esposito mengenai keadaan kesihatannya.

Jururawat yang menjaga Maradona selepas dia dibenarkan keluar hospital sebaik saja menjalani pembedahan otak segera menghubungi ambulans kerana panik dengan keadaannya.

Namun ia sudah terlambat, Maradona meninggal dunia sebelum ambulans tiba di kediamannya.

Media Argentina mengesyaki Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ketua pendakwa John Broyad berkata mayat Maradona dibawa ke bilik mayat berdekatan San Andres untuk bedah si4sat.

“Diego Armando Maradona meninggal sekitar pukul 12 tengah hari waktu tempatan.

“Polis foransik memulakan tugas mereka pada pukul 4 petang. Tiada tanda-tanda unsur jenayah atau keganasan ditemui pada mayat,” katanya. – DailyStar

Maradona banyak meraih piala bersama pasukan Boca Juniors, FC Barcelona dan SSC Napoli sepanjang kerjayanya. Sepanjang kerjaya bola sepak antarabangsa yang merangkumi 91 kali turun padang dan 34 gol, beliau beraksi di empat kejohanan Piala Dunia FIFA, memimpin pasukan kebangsaan Argentina sehingga mencapai kejuaraan pada edisi tahun 1986, yang mana beliau meraih anugerah Bola Emas selaku pemain paling cemerlang sepanjang kejohanan.

Beliau menambat kedua-dua gol dalam kemenangan 2-1 terhadap England di pusingan suku akhir kejohanan 1986. Gol pertamanya merupakan handball tidak didenda yang dikenali sebagai “Tangan Tuhan”, manakala gol kedua merupakan aksi celah-mencelah mengagumkan sepanjang 60 meter memintas enam pemain England, yang dikenali sebagai “The Goal of the Century” atau “Layang-layang Kosmos” (Bahasa Sepanyol: El barrilete cósmico) di Argentina.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=-ccNkksrfls[/embedyt]
[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=2UjTZA4XmDc[/embedyt]

Kredit Foto: Gempak ,ESPN, The Indipendent, MediaViral , DailyStar

Selamat Jalan Buat Lagenda Bola Sepak Dunia, Diego Maradona

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker