Kilang Tangki Oksigen

Kilang Tangki Oksigen

Serdang: Pekarangan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Bersepadu (PKRC) 2.0 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) Serdang kini menempatkan loji pengisian oksigen gred perubatan yang dapat memastikan bekalan oksigen untuk kegunaan pesakit covid-19 sentiasa mencukupi dan diperoleh dengan segera.

Sebelum ini, tong oksigen yang kosong perlu dihantar dari PKRC Maeps 2.0 ke Banting, Selangor sebanyak tiga kali sehari untuk pengisian semula dengan perjalanan sehala mengambil masa lebih sejam.

Namun kini perjalanan untuk melakukan pengisian semula tong oksigen mengambil masa tidak sampai 10 minit.

Pengarah PKRC Maeps 2.0 Dr Shahabuddin Ibrahim berkata, loji pengisian oksigen yang mula beroperasi sejak Sabtu lalu itu mempunyai kemampuan mengisi sehingga 600 tangki oksigen bersaiz 6.8 liter sehari bagi memastikan bekalan oksigen sentiasa konsisten dan mencukupi untuk pesakit covid-19 di fasiliti berkenaan.

 

Setiap hari kira-kira 2,000 tong oksigen digunakan untuk pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Serdang. FOTO BERNAMA
Setiap hari kira-kira 2,000 tong oksigen digunakan untuk pesakit COVID-19 di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 di Serdang. FOTO BERNAMA

 

“Silinder oksigen ini diperlukan dalam keadaan yang cepat,” katanya serta menambah pada setiap hari, kira-kira 2,000 tong oksigen digunakan di PKRC Maeps 2.0.

Dr Shahabuddin berkata, loji pengisian oksigen itu turut membantu pengisian semula tangki oksigen bagi fasiliti kesihatan di sekitar Lembah Klang yang memerlukan bekalan dalam kadar segera.

Menurut Dr Shahabuddin, loji pengisian oksigen di PKRC Maeps 2.0 itu adalah yang pertama dibina di luar kawasan hospital memandangkan kawasannya yang luas serta lokasinya yang strategik untuk membantu menampung peningkatan penggunaan oksigen di hospital di sekitar Lembah Klang.

Beliau berkata, pengoperasian loji itu akan dipantau pasukan keselamatan demi keselamatan loji untuk mengelakkan kebakaran, serta mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan high-purity oxygen yang selamat digunakan manusia.-BERNAMA

Kilang Tangki Oksigen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Isteri Ezad Lazim Korek Tabung Bayar Pembedahan Bila Insurans Tak Ada, Bil Hospital Mahal [VIDEO]

Gagal Raih Mata Tertinggi, Pandelela Sebut ‘Babi’ (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker