200 katil tambahan di HPKK UKM rawat pesakit kategori 4 dan 5

200 katil tambahan di HPKK UKM rawat pesakit kategori 4 dan 5

Sejumlah 200 katil tambahan disediakan untuk merawat pesakit Kategori 4 dan Kateogri 5 COVID-19 di Hospital Pakar Kanak-Kanak Universiti Kebangsaan Malaysia (HPKK UKM).

Jelas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, buat masa ini HPKK UKM mempunyai kapasiti sedia ada 80 katil kritikal dan ICU.

Jelasnya penambahan katil ini adalah sebahagian daripada langkah kesiapsiagaan Kementeri Kesihatan Malaysia (KKM) bersama dengan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam menghadapi pandemik COVID-19 di kawasan Lembah Klang.

Menerusi muat naik gambar di akaun Facebook beliau, Dr Adham sempat membuat tinjauan persiapan di HPKK UKM pada Khamis malam.

HPKK UKM mula beroperasi merawat pesakit COVID-19 sejak Jun lalu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker