Caprice Dedah Ada PU Mengorat Wanita Di IG Guna Alasan Sebab Mimpi

Caprice Dedah Ada PU Mengorat Wanita Di IG Guna Alasan Sebab Mimpi

Tindakan penyanyi rap Caprice mendedahkan perbualan di antara pendakwah selebriti yang didakwa terbabit dengan kes lakukan amang seksual mendapat sokongan netizen. Namun begitu, terdapat juga individu yang kurang senang dengan tindakan penyanyi terbabit.

PU cuba ‘tackle’ wanita di media sosial?

Pemilik nama Ariz Ramli sekali lagi mendedahkan satu lagi perbualan ‘nakal’ seorang Pencetus Ummah (PU) yang didakwa cuba memikat hati seorang wanita di media sosial dengan menggunakan kaedah islamik meskipun dia sudah mempunyai isteri dan anak.

Siapa nak tengok cara seorang PU tackle kaum wanita di media sosial? Cap memang hormat cara dia. Gentlemen dan semangat islamik cara dia nak tambah bini. Kita harus belajar ilmu bersama dengan PU ni.

Di Instastory, pelantun lagu Bal turut mendedahkan perbualan di antara PU dengan individu yang identitinya dirahsiakan.

Tak mengapa saya ingin menyatakan itu sahaja. Selebihnya serah kepada urusan takdir di sana. InsyaAllah. Isyarat mimpi mungki tak boleh di ambil kira. Maaf cik saya banyak menulis hari ni.

Dalam bahasa Arab ianya disebut Alhubb atau suka bila terlihat. Mungkin ianya mainan mata.

Lebih mengejutkan lagi apabila Caprice turut mendedahkan pendakwah terbabit cuba untuk membuat panggilan video bersama wanita berkenaan pada waktu malam.

Cuma itu lah. Akhirnya tak kahwin pun. Just cuba video call tengah-tengah malam.

Masa cuba video call tu, bini dengan anak dah tidur ke belum? Tanya je PU. Cap nak belajar ilmu ni dengan hang. OB

Caprice Dedah Ada PU Mengorat Wanita Di IG Guna Alasan Sebab Mimpi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


100 anggota polis sujud mohon maaf

Neelofa akhirnya tunjuk wajah Bilal

PU Azman didakwa lakukan amang seksual terhadap dua remaja lelaki

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker