Sultan Johor titah bantu dengan ikhlas tanpa libatkan perkauman
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, bantuan keperluan makanan yang disediakan atas dasar membantu golongan memerlukan perlu dilakukan secara ikhlas, dan bukannya melibatkan soal perkauman.
Menerusi muat naik dalam laman Facebook rasmi baginda pada Isnin, Sultan Ibrahim bertitah, ketika ini terdapat ramai individu tanpa mengira agama dan bangsa mengalami kesulitan seperti kehilangan pekerjaan dan terputus pendapatan, serta berdepan beban kewangan untuk membeli barangan keperluan makanan.
“Jika mahu membantu mereka yang dalam kesusahan, bantulah semua tanpa mengira kaum dan agama… lakukan secara ikhlas tanpa menimbulkan sebarang isu berkaitan perkauman,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian sebagai mengulas satu rakaman video yang tular di media sosial pada Ahad berhubung bantuan keperluan makanan harian yang disediakan di sebuah kedai runcit di kawasan Skudai, Johor Bahru yang dikatakan menimbulkan soal perkauman.
Baginda sentiasa menegaskan betapa pentingnya hubungan antara kaum dan toleransi yang sentiasa menjadi tunjang perpaduan Bangsa Johor.
Mengambil contoh kurniaan bantuan makanan Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ), baginda bertitah, ia disampaikan kepada rakyat tanpa mengira agama dan bangsa di seluruh Johor setiap minggu.
Sultan Johor titah bantu dengan ikhlas tanpa libatkan perkauman
Baca Artikel Menarik :
- Joget di hotel dalam majlis Bersatu
- Azmin, Takiyuddin perlu sedia ‘dipanggang’ di Parlimen
- Sendiri langgar SOP, lepas tu tegur rakyat
- Olimpik Tokyo: Chong Wei ‘terasa’ dengan kecaman netizen
- Mawar Rashid positif Covid-19
- Resepi Ayam Pansuh Sarawak Juicy