Sektor penjagaan kesihatan meningkat akibat Omicron

PETALING JAYA – Gelombang varian Omicaron dijangka akan menyebabkan permintaan yang lebih tinggi bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan primer ekoran peningkatan jumlah kes harian secara mendadak sejak beberapa minggu lalu.

Pakar Epidemiologi dan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Profesor Dr. Noran Naqiah Mohd. Hairi berkata, kemuncak gelombang baru ini akan dirasai dalam dua hingga tiga bulan memandangkan transmisibiliti Omicron lebih tinggi daripada varian terdahulu.

“Keparahan bagi jangkitan Omicron berbeza berbanding dengan varian Delta dan data menunjukkan kes yang memerlukan kemasukan ke hospital dan Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah kurang.

“Walaupun tekanan kepada hospital dijangkakan lebih rendah dalam gelombang Omicron ini, namun saya menjangkakan permintaan yang lebih tinggi bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan primer (kesihatan asas melibatkan pencegahan) akan berlaku.

“Namun, jika bilangan yang dijangkiti amat tinggi, misalnya 50,000 sehari meskipun kadar pesakit kategori tiga hingga lima adalah rendah, bilangan yang memerlukan rawatan di hospital dan ICU tetap tinggi dengan 500 pesakit sehari,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, sekiranya ini berterusan untuk jangka masa lama sehingga tiga bulan, kemampuan hospital untuk merawat pesakit kategori tiga hingga lima di luar jangkaan.

Jelasnya lagi, Omicron ketika ini, bagaimanapun dapat ditamatkan dengan lebih pantas sekiranya imuniti penduduk negara berada pada tahap optimum.

“Covid-19 merebak melalui udara dan kepatuhan kepada prosedur operasi standard (SOP) amat penting dengan memastikan pelitup muka dipakai dengan betul serta berkualiti tinggi terutamanya waktu sekarang.

“Pastikan kita telah divaksinasi dan bagi mereka yang telah menerima temu janji utk dos penggalak, pastikan ianya diambil.

“Vaksin yang sedia ada berserta dengan dos penggalak telah terbukti membantu meningkatkan imuniti dan boleh mengelakkan Covid-19 yang teruk dan kematian,” ujarnya

Sektor penjagaan kesihatan meningkat akibat Omicron


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


SEARCH Tua bangka, tapi tamak haloba – Awie

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker