Caprice mengadu rasa amat sunyi

Caprice mengadu rasa amat sunyi

Caprice rasa sunyi sambut hari jadi
Penyanyi rap, Caprice terpaksa meraikan sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-33 seorang diri hari ini tanpa keluarga atau teman rapat di Mesir.

Caprice atau Ariz Ramli meninggalkan Malaysia kira-kira 32 hari bagi menyertai misi kemanusiaan ke Gaza di Palestin.



“Ini adalah hari yang paling sukar dalam hidup saya. Ini juga kali pertama kita beribadah dan berhijrah seorang diri di negara orang.

“Saya tidak pernah rasa kesunyian seperti ini tapi rasa begitu dekat dengan Allah dalam tempoh lima hari sebelum ini,” katanya menerusi hantaran di Instagram miliknya di sini hari ini.

Caprice yang dilahirkan pada 25 Julai 1988 mencetuskan kontroversi sejak 16 Julai lalu berhubung cerita belakang tabir membabitkan personaliti dakwah, Ebit Lew, ketika berada di Palestin.

Mengulas lanjut, Caprice turut memanjat kesyukuran dengan apa yang terjadi.



“Alhamdulillah atas segala yang sudah berlaku, insyaAllah satu hari nanti semua ini akan menjadi logik kepada anda,” katanya.

Caprice berangkat seorang diri ke Mesir pada 23 Jun lalu bagi mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza, Palestin dan sehingga kini dia belum dibenarkan masuk ke wilayah bergolak itu.

Caprice tidak pasti bila akan pulang ke tanah air selepas mengumumkan keputusan untuk terus berada di sana dan meneruskan misi seorang diri pada 20 Julai lalu.

Nama Caprice terus hangat menjadi bualan ramai selepas Ebit melakukan sidang media bagi menjelaskan pelbagai tuduhan pada Khamis lalu. MG



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Caprice mengadu rasa amat sunyi


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Joget di hotel dalam majlis Bersatu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker