PPN tidak berkesan, kes naik sehingga 17000

Sebaran :

PPN tidak berkesan, kes naik sehingga 17000

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Parlimen tidak memerlukan penerangan tetapi perbahasan mengenai penderitaan rakyat.

Malah beliau menegaskan pelan pemulihan yang diusahakan kerajaan dalam menangani penularan Covid-19 tidak berjaya.

“Selama lima hari ini kita mendengar menteri-menteri menjelaskan pelan mereka. Ini tak berkesan. Sejak pelan ini diumumkan, jumlah kes meningkat daripada 6,000 kes kepada 17,000 kes.

“Sampi bila lagi sebelum kita berbincang cara-cara mengatasi masalah Covid-19 ini? Tetapi bagi kerajaan cuma penerangan. Tak perlu diadakan selain mengeluarkan kertas putih.

“Rakyat tiap hari 17,000 orang hidap penyakit ini dan daripada itu, sepatutnya semua dimasukkan dalam kuarantin dan hospital tetapi jumlahnya terlalu besar yang lain tinggal di rumah dan tak dapat rawatan,” katanya. Utusan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

PPN tidak berkesan, kes naik sehingga 17000


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dalam masa 6 jam, 20 amaran terhadap doktor kontrak


Sebaran :

Leave a Reply