Adakah kamu dikawal kerajaan, Ramkarpal soal Azhar

Adakah kamu dikawal kerajaan, Ramkarpal soal Azhar

KUALA LUMPUR: Hari pertama mesyuarat khas Dewan Rakyat kecoh apabila Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) menyoal Speaker Azhar Azizan Harun adakah beliau dikawal kerajaan, kerana tidak membawa proklamasi darurat dan ordinan berkaitan ke Dewan sebelum ini.

Ramkarpal berkata Azhar tentu faham betapa pentingnya proklamasi darurat dan ordinan berkaitan dibawa ke Dewan Rakyat, selaras Perkara 150(3) Perlembagaan Persekutuan.

Beliau berkata Azhar tentu faham peraturan Dewan Rakyat tidak boleh mengatasi Perlembagaan.

“Tuan Speaker telahpun tidak membawa ordinan dan proklamasi tersebut ke Dewan ini. Kenapa? Adakah anda dikawal kerajaan?” katanya kepada Azhar, bertentang mata.

Pertanyaan itu disambut seruan “tarik balik” daripada blok pemerintah, dan tepukan meja.

Azhar tidak mencelah Ramkarpal.

“Saya nak tahu, Tuan Speaker, kenapa proklamasi darurat dan ordinan di bawahnya tidak dibawa ke Dewan…adakah Tuan menerima arahan daripada kerajaan untuk tidak membawa perkara-perkara tersebut ke Dewan?

Ramkarpal menyeru Azhar letak jawatan jika itu agenda beliau.

“Atau kami akan kemuka usul barangkali untuk meminta Tuan Speaker melepaskan jawatan,” tambahnya, lalu menamatkan gilirannya.

Azhar meneruskan perbahasan dengan memberi laluan kepada Dr Mahathir Mohamad (Langkawi). FMT

Adakah kamu dikawal kerajaan, Ramkarpal soal Azhar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Dalam masa 6 jam, 20 amaran terhadap doktor kontrak

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker