Ribut di Tanjung Sedili umpama ‘tsunami’ [VIDEO]

 

Ribut di Tanjung Sedili umpama ‘tsunami’. Para penduduk di sekitar Tanjung Sedili, dekat sini menggambarkan kejadian ribut yang melanda kawasan itu petang semalam umpama tsunami kecil.

Kejadian yang mencemaskan itu berlaku kira-kira jam 3 petang, selama dua jam menyebabkan kemusnahan harta benda.

Ada kereta yang rosak teruk dihempap pokok dan kebanyakan bumbung rumah tercabut dibawa angin ribut.

MG-JOHOR-24072021_05
Rosli Gumri

Seorang peniaga, Rosli Gumri, 57 seorang peniaga berkata, ketika kejadian dia dan isteri bersama anak lelakinya berusia 11 tahun sedang berniaga terdengar angin laju dan pokok-pokok juga membuai kuat.

Akibat ketakutan, anaknya lari bersembunyi di bawah meja berdekatan bersama seorang lagi cucunya berusia 9 tahun.

“Kejadian ini berlaku dalam lingkungan pukul 3 petang, dengan hujan dan ribut yang dahsyat. Sungguh luar biasa,” katanya kepada MalaysiaGazette

Menurut Rosli, kawasan itu pernah dilanda ribut tetapi kejadian semalam adalah lain.

“Semuanya berlaku dengan pantas, atap-atap rumah orang diterbangkan, pokok-pokok tumbang, hempap rumah orang,” ujar beliau sambil menunjukkan keadaan rumahnya yang terletak di Kampung Sentosa

Sementara itu, seorang kanak-kanak Mohd Fahrin Rosli,11, memberitahu ketika ribut itu, dia bersama ibunya dalam perjalanan untuk membeli barang keperluan di kedai berhampiran rumahnya.

Ketika tiba di gerai milik bapanya, dia yang terdengar bunyi kuat lalu berlari bersama anak saudaranya ke arah meja berdekatan untuk bersembunyi disebabkan rasa takut.

“Saya ketakutan kerana bunyi ribut semalam macam ‘akhir zaman’,” katanya.

MG-JOHOR-24072021_04
Shahrul Faiza Mat Noor

Sementara itu, Shazrul Faiza Mat Noor, 33, penduduk Kampung Teluk Jeri Luar berkata, insiden ribut yang berlaku mengakibatkan kereta miliknya rosak teruk.

Menyifatkan ribut semalam kejadian terburuk pernah dialami mereka namun dia bersyukur kerana tiada sebarang kecederaan dialami keluarganya.

“Cuaca petang kalau mendung biasanya kita tahu nak hujan, tapi semalam bila kita duduk berehat angin seperti bunyi puting beliung.

“Tiba-tiba hujan turun dengan angin ribut hingga pokok patah dan tumbang hempap kereta. Saya memang tidak boleh buat apalah, lepas reda saya keluar dan lihat banyak rumah jiran-jiran yang bumbung tercabut.

“Kami di sini panggil angin tenggaralah, kalau nelayan ke laut bot pun boleh tenggelam,” katanya yang sedih melihat kereta yang baru habis bayar itu remuk teruk.

MG-JOHOR-24072021_03
Sebuah kereta dihempap pokok ketika hujan lebat dan ribut melanda Tanjung Sedili semalam.

Kejadian ribut yang melanda Tanjung Sedili petang semalam melibatkan sembilan kawasan, tujuh kampung dengan 291 buah keluarga.

Ribut itu turut mengakibatkan bumbung rumah Perumahan Polis (APR) di Balai Polis Kuala Sedili dan garaj kereta juga mengalami kerosakan.

Setakat ini, dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dalam proses dibuka untuk menempatkan mangsa-mangsa bencana ribut.- MalaysiaGazette

Ribut di Tanjung Sedili umpama ‘tsunami’


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib bidas Muhyiddin, ‘Dapur Rakyat’ penuh dengan bantuan adalah tidak benar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker