Kenapa SPRM tidak dilibatkan dalam draf undang-undang biayai dana politik

Kenapa SPRM tidak dilibatkan dalam draf undang-undang biayai dana politik. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah dilibatkan dalam perbincangan berkenaan undang-undang membenarkan parti-parti di negara ini menerima pembiayaan dana politik.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) merupakan badan yang mengepalai draf undang-undang terbabit sebelum ia dibawa ke peringkat Parlimen.

Sehubungan itu, beliau berkata, semua pihak mungkin boleh bertanya kepada GIACC apakah status undang-undang berkenaan.

“Berkenaan undang-undang ini, kita tidak pernah dilibatkan dalam perbincangan dan sudah sampai masanya perkara ini dibincangkan di Parlimen. Terpulanglah kepada ahli Parlimen sekiranya mereka mahukan undang-undang ini.

“Saya percaya semua parti ada menerima sumbangan daripada pelbagai pihak untuk menggerakkan parti mereka,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Azam berkata, beliau menyokong penuh sekiranya undang-undang itu dilaksanakan.

Menurutnya, perlu ada satu penjelasan dalam sumbangan yang diterima ahli politik sama ada ia dikelaskan dalam sumbangan yang dibenarkan atau berbaur rasuah. Ia perlu diperjelaskan.

“Ini bagi kita memudahkan untuk kita (SPRM) faham dan mengelaskan kes berkenaan. Jika tiada panduan, sama ada akan dikelaskan dalam rasuah atau sebaliknya,” jelas beliau.

Disyorkan artikel ini:
• Undang-undang berkaitan rasuah perlu diteliti semula• Pristine Offshore didakwa atas kesalahan rasuah• Gubal segera undang-undang wajibkan ahli Parlimen isytihar harta
Ketika ditanya status pelaksanaan undang-undang terbabit, Azam berkata, ia difahamkan telah dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Parlimen.

“Namun, setakat ini masih belum ada perkembangan lagi,” katanya.

Pada Oktober 2019, kerajaan dijangka membentangkan Rang Undang-Undang Pembiayaan Dana Politik pada sesi Parlimen tahun seterusnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Liew Vui Keong menjelaskan, penyediaan rang undang-undang berkenaan akan memfokuskan aspek mengawal selia sumbangan politik dalam usaha kerajaan membentuk ekosistem negara yang bebas rasuah pada masa akan datang.

Kenapa SPRM tidak dilibatkan dalam draf undang-undang biayai dana politik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Najib bidas Muhyiddin, ‘Dapur Rakyat’ penuh dengan bantuan adalah tidak benar

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker