2,551 kes baharu, tertinggi sejak 25 Februari


SEJAK 25 Februari lalu, Malaysia tidak pernah mencatatkan kes harian COVID-19 melebihi angka 2,500.

Namun selepas tujuh minggu, hari ini menyaksikan kes harian pandemik itu di Malaysia mencecah 2,551.

Tertinggi adalah di Sarawak yang melonjak kepada 960 kes diikuti Selangor (590 kes) dan Kuala Lumpur (245 kes).

Tiga lagi negeri turut mencatkan tiga angka penularan iaitu Kelantan (164 kes), Sabah (143 kes) dan Johor (121 kes).

Antara penyumbang kes positif tertinggi di Sarawak hari ini ialah kes di Pulapol di Jalan Puncak Borneo sebanyak 292 kes.

Selain itu, berdasarkan perkongsian di media sosial Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua negeri melaporkan pertambahan kes hari ini.

Terendah ialah Perlis dengan dua kes diikuti Labuan (satu kes), Putrajaya (enam kes) dan Terengganu, 16 kes.

Tambah Noor Hisham, kes sembuh yang dilaporkan hari ini ialah 1,524.

Katanya, perkembangan terbaharu ini menjadikan kes aktif kini meningkatkan kepada 18,600.

Sebanyak 2,551 kes baharu dilaporkan hari ini dengan Sarawak tertinggi.
“Daripada jumlah itu, 227 dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) manakala 91 memerlukan alat bantuan pernafasan,” jelasnya.

Baca artikel berkaitan: Kembali melepasi 2,000 kes, tujuh negeri catat tiga angka

Sementara itu, sebanyak dua lagi kematian dilaporkan melibatkan warganegara.

Katanya, kumulatif kematian akibat COVID-19 kini berjumlah 1,365.

Daripada 2,551 kes baharu hari ini, 29 adalah kes import.

Kes tempatan hari ini yang berjumlah 2,522 pula terdiri daripada 2,233 kes warganegara manakala 289 bukan rakyat Malaysia.

KKM juga ingin memaklumkan terdapat tujuh kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini.

Kata Noor Hisham, ia melibatkan tiga kluster tempat kerja, dua kluster pusat tahanan, dan masing masing satu kluster komuniti dan kluster pendidikan.

Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Jalan Puncak Borneo (315 kes), Kluster Jalan Bambangan (99 kes), dan Kluster DTI Sandakan (55 kes).

50 negara dah lakukan vaksinasi, Malaysia lambat – Ahmad Maslan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker