Langkawi ‘muram’, Sanusi salahkan Menteri Pelancongan

Muhammad Sanusi Md Nor hari ini menyalahkan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Tiong King Siang, sebagai punca malapnya industri pelancongan di Pulau Langkawi.

Kata Menteri Besar Kedah itu tindak-tanduk serta komen negatif Tiong menjejaskan kemasukan pelancong ke pusat peranginan tersebut.

Enggan menuduh ia sebagai sabotaj ke atas Kedah, Sanusi berkata perbuatan menteri terbabit sebenarnya menjejaskan kerajaan persekutuan sendiri.

Hal itu kerana, katanya, pendapatan daripada sektor pelancongan akan dikumpulkan kerajaan pusat, manakala negeri hanya “tumpang (pendapatan daripada) jual nasi, jual coklat, hotel.

Katanya cukai perniagaan bayar sepenuhnya kepada kerajaan persekutuan sedangkan Kedah hanya memungit cukai pintu saja.

“Saya harap perkara ini dapat perhatian, kalau menteri beri publisiti negatif kepada destinasi pelancongan, saya harap menteri itu dapat ditukar ke kementerian lain,” katanya seperti dipetik BH Online selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Alor Setar.

Sept lalu Tiong mendakwa dia menerima rungutan daripada pelancong bukan Islam yang mengadu dilarang berseluar pendek dan meminum arak di Langkawi.

Tidak mahu bertikam lidah dengan Sanusi, ahli parlimen Bintulu itu mendakwa dia hanya mahu membangkitkan isu tersebut dengan tujuan agar sebarang kelemahan dapat dibaiki.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan Sanusi yang mengatakan dia tidak memahami isu yang dibangkitkan Tiong.

Kata Sanusi semakan kerajaan negeri menunjukkan tiada larangan dibuat ke atas pelancong di Langkawi yang mahu memakai seluar pendek atau mengambil alkohol.

Pelancong luar lebih ramai

Mengulas mengenai pandangan Tiong yang mahu kerajaan negeri bekerjasama dengan kementerian, Sanusi berkata, langkah pertama yang perlu diambil ialah tidak lagi memberi publisiti buruk kepada Langkawi.

“Kenapa begitu iri hati dengan Langkawi? Buat cerita yang bukan-bukan, tak ada kebaikan sama sekali.

“Lepas itu orang kata dia mabuk, dia kata apa salah, saya bukan Islam. Susahlah jawab macam itu, mabuk seorang dalam bilik tak apalah, mabuk di khalayak ramai mana boleh,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Sanusi mendakwa media mengada-adakan laporan mengenai wujud perniagaan “gulung tikar” atau ditutup di Pulau Langkawi.

Menurut Sanusi antara faktor yang menyebabkan pelancong kurang berkunjung ke Langkawi adalah disebabkan penerbangan terus dari beberapa negara – kecuali Singapura – belum bermula.

Katanya, sebelum pandemik Covid-19 melanda, 60 peratus pelancong yang berkunjung ke Langkawi adalah dari luar negara, berbanding 40 peratus pelancong domestik.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Orang kanan mahu Peja letak jawatan ketua PN N Sembilan

Harap anak kau tak jadi sundal – Che Ta

Kegagalan Iron Dome , roket buat U-Turn sehingga bedil hospital di Tel Aviv (Video)

RM500 juta dibelanjakan untuk publisiti semasa pentadbiran Muhyiddin

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker