Penumpang tren bawah tanah harung banjir dalam gerabak [VIDEO]

Penumpang tren bawah tanah harung banjir dalam gerabak [VIDEO]

HENAN: Banjir besar yang melanda tengah China sejak malam tadi dilapor telah meragut sekurang-kurangnya 12 nyawa.

Difahamkan banjir turut menyebabkan laluan tren bawah tanah tergendala dan penunggang terpaksa mengharungi air setinggi paras pinggang di dalam gerabak.

Perkhidmatan kereta api bawah tanah di wilayah Henan itu dibanjiri air pada Selasa selepas hujan lebat menyebabkan tebing sungai pecah.

Agensi berita Xinhua melaporkan puluhan orang awam terbunuh dalam bencana banjir itu manakala lebih 100,000 orang terpaksa melarikan diri ke tempat selamat.

Dalam video yang tular di media sosial, penumpang tren bawah tanah di Zhengzhou dilihat berdiri di kolam air berlumpur, menunggu untuk diselamatkan.

Sementara itu, jalan raya di bandar itu berubah menjadi sungai, menenggelamkan puluhan kenderaan.

Pihak berkuasa daerah Zhengzhou dalam satu kenyataan di laman webnya berkata pelaksanaan kawalan banjir tidak dapat dilakukan sebaiknya di kala risiko bencana itu dianggap “sangat tinggi.”

Dalam kenyataan berasingan yang disiarkan di akaun WeChat rasmi, pegawai pemerintah memberi amaran kepada penduduk agar tinggal di rumah atau di tempat selamat dan sentiasa mendapatkan maklumat terkini.

Perkhidmatan kereta api telah ditangguhkan, sementara lebuh raya pula ditutup dan penerbangan ditangguh atau dibatalkan.

Penumpang tren bawah tanah harung banjir dalam gerabak [VIDEO]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


 

Polis tahan lelaki tikam jiran buat bising

Menyorok dalam bonet kereta, polis gagalkan cubaan tiga warga asing rentas negeri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker