Samseng tak pakai pelitup muka ditahan

Samseng tak pakai pelitup muka ditahan

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang bertindak ‘ala samseng’, memarahi penjual nasi lemak dan pelanggan gerai di Jalan Desa Bakti di sini, hanya kerana menegurnya tidak memakai pelitup muka pagi semalam, kini sudah berada dalam lokap.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni, berkata hasil laporan dan maklumat yang diterima, lelaki itu ditahan di rumahnya yang terletak berdekatan gerai berkenaan kira-kira jam 8 malam tadi.



Beliau berkata, suspek kini dalam tahanan reman selama dua hari hingga esok.

Susulan perbuatan itu, suspek kini berdepan siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, kerana melakukan ugutan jenayah.

Selain itu dia juga disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021, kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.

Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi semalam, suspek bertindak memarahi dan memaki hamun penjual nasi lemak di situ dan seorang pelanggan lain, apabila ditegur tidak mematuhi SOP kerana tidak memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam.



Kejadian itu dirakamkan seorang pelanggan gerai berkenaan sebelum video berdurasi 29 saat itu viral di meedia sosial.

Susulan kejadian itu, anak penjual nasi lemak terbabit bertindak membuat laporan polis pada jam 3.40 petang semalam. BH

Samseng tak pakai pelitup muka ditahan


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker