Asrama pelajar UUM terbakar

Asrama pelajar UUM terbakar

SINTOK: Tingkat tiga asrama pelajar di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini musnah 80 peratus dalam kebakaran, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 10.55 pagi tadi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Kayu Hitam dan Jitra tiba di lokasi jam 11.08 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati tingkat tiga asrama pelajar itu sedang terbakar namun tiada pelajar di dalamnya.

“Api berjaya dikawal jam 11.20 pagi dan setakat ini kerja overhoul sedang dilakukan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamadul Ehsan berkata, setakat ini punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan.

Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu.

“Kita dapati asrama itu kosong ketika kebakaran dan operasi disertai 13 anggota termasuk penyelia dan tiga jentera dari dua BBP,” katanya. BH

Asrama pelajar UUM terbakar


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Buat live tayang ‘v’ dalam kereta api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker