Vaksin COVID-19: PICK Fasa 2 mula tunjuk keberkesanan

Tanda-tanda awal keberkesanan hasil daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Fasa 2 ke atas golongan warga emas dan rentan mula melihatkan perkembangan positif.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, keberkesanan itu termasuk pengurangan jangkitan serius bagi kategori 4 dan 5 dalam kalangan pesakit warga emas.
Begitu juga, terdapat penurunan dari segi angka kemasukan ke hospital melibatkan golongan itu.
Perkara itu dikongsikan beliau menerusi hantaran di Twitter rasminya hari ini.

Untuk rekod, seramai 2.3 juta warga emas mendapat sekurang-kurangnya satu suntikan di bawah program vaksinasi Fasa Dua.
Sebelum ini, Menteri Penyelaras PICK Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan, secara keseluruhan 4.1 juta dos vaksin yang diberikan dalam fasa kedua merangkumi orang kurang upaya (OKU) dan individu yang mempunyai komorbiditi.
Usaha terbaharu bagi meningkatan kadar vaksinasi bagi golongan ini termasuk kebenaran ‘walk-in’ untuk golongan ini di pusat pemberian vaksin (PPV) seluruh negara mulai Sabtu lalu.

Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


‘Surat Azmin’ digunakan untuk balik kampung – TPM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker