Rafizi pertahan keputusan Anwar jadi Menteri Kewangan

Rafizi pertahan keputusan Anwar jadi Menteri Kewangan

Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli menyifatkan perlantikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan adalah sesuai ketika ini.

Kali pertama mengulas tindakan Perdana Menteri turut memegang jawatan Menteri Kewangan, Rafizi berkata, perlantikan itu dibuat mengambil kira kedudukan luar biasa, yang mana tiada parti atau gabungan yang berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Selain itu, dalam keadaan sekarang yang mana ekonomi berada dalam situasi mencabar turut berkehendakkan Perdana Menteri turut menjawat jawatan Menteri Kewangan.

Bagaimanapun, Rafizi berkata, secara ideal baginya jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan patut dipisahkan dan beliau kekal dengan pendirian itu.

“Senang Perdana Menteri menjadi Menteri Kewangan supaya ia tidak timbul isu gabungan yang berbeza,” katanya pada sidang media pertama beliau sebaik masuk pejabat hari ini. BH

Rafizi pertahan keputusan Anwar jadi Menteri Kewangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Perlantikan kabinet, Annuar Musa kini ‘bertukar nada’

Bila Formula Rafizi Akan Mula Dilaksanakan?

Ronaldo bakal berhijrah ke Arab Saudi

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker